Aplikasi Did-Art: Inovasi pengajaran dan pembelajaran seni lukisan di sekolah menengah
Keywords:
teknologi mudah alih, Model ADDIE, Pendidikan seni visual, kebolehgunaanAbstract
Penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan semakin berkembang dan inovasi ini berpotensi mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk menilai kebolehgunaan aplikasi mudah alih DiD-Art bagi tajuk Seni Lukisan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) Seni Lukisan di sekolah menengah. Sebagai inovasi kepada bahan bantu mengajar untuk guru, aplikasi ini dibangunkan menggunakan model ADDIE yang merangkumi lima fasa utama: analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian. Bagi menilai kebolehgunaannya, kaedah temu bual separa berstruktur diterapkan berdasarkan model penilaian USE, melibatkan sembilan orang guru PSV Tingkatan 3 di negeri Kedah. Hasil analisis tematik menunjukkan aplikasi ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna tetapi juga mendapat tahap kepuasan yang tinggi. Kesimpulannya, aplikasi DiD-Art yang dibangunkan ini mencapai tahap kebolehgunaan tinggi dan berpotensi untuk meningkatkan kualiti PdP bagi tajuk Seni Lukisan.