Penglibatan dan pemerkasaan komuniti dalam Projek Wakaf di Malaysia: Strategi inklusif bagi menjamin kelestarian wakaf
Keywords:
Penglibatan dan Pemerkasaan, Komuniti, Wakaf, Strategi, PelaksanaanAbstract
Penglibatan dan pemerkasaan komuniti adalah aspek penting dalam memastikan kejayaan dan kelestarian projek wakaf di Malaysia. Namun, banyak projek wakaf menghadapi cabaran seperti kurangnya penglibatan awal komuniti, ketelusan dan akauntabiliti yang terhad, serta kekurangan program pembangunan kapasiti. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi-strategi inklusif yang boleh meningkatkan penglibatan komuniti dalam perancangan, pelaksanaan, dan pengurusan projek wakaf. Menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini meneroka sorotan literatur daripada buku, jurnal, dan dapatan kajian terdahulu. Analisis tematik digunakan untuk mengenal pasti tema-tema utama yang berkaitan dengan penglibatan dan pemerkasaan komuniti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi seperti perancangan partisipatif atau libat sama, pelaksanaan kolaboratif, ketelusan dalam pengurusan dana, dan pembangunan kapasiti komuniti adalah kunci kepada kejayaan projek wakaf. Melalui penglibatan komuniti dalam perancangan awal, projek wakaf dapat meningkatkan rasa memiliki dan tanggungjawab dalam kalangan komuniti. Ketelusan dalam pengurusan dana membantu membina kepercayaan dan sokongan, manakala program latihan dan pendidikan yang relevan memperkasakan komuniti untuk terlibat secara efektif. Pelaksanaan projek yang melibatkan tenaga kerja tempatan dan program sukarela memupuk komitmen jangka panjang. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa strategi-strategi yang dicadangkan berpotensi meningkatkan keberkesanan dan memberi impak kepada projek wakaf bagi memastikan kelestariannya dalam jangka panjang. Ia juga diharap dapat menyumbang kepada literatur pengurusan wakaf bagi penyediaan model penglibatan komuniti yang boleh diterapkan secara meluas di seluruh Malaysia.