PENGARUH BANTUAN ZAKAT TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR ASNAF DI UiTMCT DAN UNSIQ: SATU SOROTAN

Authors

  • Salimah Yahaya
  • Azarudin Awang
  • Nazlin Emieza Ngah
  • Mila Fursiana Salma Musfiroh
  • Akmal Bashori

Abstract

Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada golongan asnaf kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada golongan asnaf fakir dan miskin, maka institusi zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada golongan asnaf di Malaysia dan Indonesia dan memastikan golongan asnaf fisabilillah ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kajian melaporkan tentang isu keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran pengajian. Justeru itu, kajian dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis kajian-kajian literatur yang sesuai berkaitan kajian ini. Kajian ini memfokuskan kepada bantuan pendidikan yang diberikan kepada pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu (UiTMCT) dan Universitas Sains Al-Qur’an, Indonesia (UNSIQ). Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan kaedah pengumpulan data secara dokumentasi dan kajian perpustakaan. Dapatan yang diperoleh dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati, bantuan zakat pendidikan yang diberikan oleh institusi zakat kepada pelajar asnaf telah memberikan sumbangan yang cukup besar dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar menerusi pendidikan. Diharapkan kajian ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat terhadap usaha yang telah dilakukan oleh institusi zakat untuk membantu asnaf dalam pembangunan pendidikan tinggi di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia.

Downloads

Published

2024-01-31