DINAMIKA PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PdP ATAS TALIAN ISC101 - AKHLAK ISLAMIYYAH

Authors

  • Rubiah binti Abu Bakar
  • Noor Hasyimah binti Sulaiman
  • Farah Safura binti Muhammud
  • Azarudin bin Awang
  • Ruhaizah binti Abdul Ghani

Abstract

Perkembangan dunia digital yang cukup dinamik pada hari ini meningkatkan lagi keperluan terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang bersifat interaktif secara maya. Mengambil kira faktor-faktor global dan glokal yang berlaku di dalam negara, peranan dan fungsi interaktif PdP secara maya digunakan oleh golongan pendidik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan impaknya telah merancakkan lagi pembangunan kaedah PdP yang lebih lebih fleksibel khususnya menggunakan Massive Open Online Courses (MOOC) melalui platform UFUTURE. Begitu juga, MOOC bagi kursus ISC101 (Akhlak Islamiyyah) dibangunkan dengan tujuan memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang lebih fleksibel, tanpa terikat kepada pembelajaran bersemuka di dalam bilik kuliah sahaja. Objektif kajian ini dilakukan ialah untuk mengenal pasti tahap penerimaan kaedah PdP melalui MOOC bagi kursus Akhlak Islamiyyah. Selanjutnya untuk melihat implikasi kaedah PdP melalui MOOC bagi kursus Akhlak Islamiyyah terhadap pelajar yang mengikuti kursus ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melihat min, peratus dan sisihan piawai ke atas bilangan pelajar seramai 78 orang yang mengikuti kursus ini. Selain itu ujian t dilakukan bagi melihat perbezaan dari aspek jantina manakala Anova digunakan bagi melihat perbezaan dari aspek demografi. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran MOOC ISC 101 adalah tinggi. Bagi ujian terhadap implikasi MOOC ISC 101, dapatan menunjukkan ia juga berada pada tahap yang tinggi apabila nilai min yang diperolehi melebihi 3.50. Ini menunjukkan bahawa kaedah PdP MOOC ISC101 (Akhlak Islamiyyah) melalui menggunakan platform UFUTURE adalah signifikan dilakukan di UiTM.

Downloads

Published

2024-01-31