PELAKSANAAN PERINTAH HARTA PUSAKA WARIS ZAWIL ARHAM DI BAITULMAL

Authors

  • M. Amir Syauqi Mad Sukri
  • Nasrul Hisyam Nor Muhamad
  • Afifah Binti Hamdan

Abstract

Konflik berkaitan penerimaan lebihan harta pusaka diantara waris zawil arham dan baitulmal telah dibincangkan sejak zaman dahulu lagi. Ulama fiqh telah lama menyelesaikan isu ini dengan pelbagai hujah dan dalil-dalil yang tersendiri. Objektif kajian ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian isu pewarisan lebihan harta di antara waris zawil arham dan baitulmal. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan metod kajian perpustakaan dan kajian lapangan yang berbentuk temubual. Hasil kajian ini mendapati bahawa Malaysia secara umum dan negeri Selangor secara khusus dari segi undang-undangnya yang mengutamakan pendapat mazhab Syafie, mengutamakan baitulmal sebagai pewaris lebihan harta. Namun disebabkan tiada akta harta pusaka yang khusus terdapat ruang-ruang untuk hak harta tersebut diberikan kepada waris zawil arham dalam bentuk permohonan kepada baitulmal dan mahkamah syariah.

Downloads

Published

2020-09-30