INTEGRITI DALAM PENGURUSAN PEMBANGUNAN BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM (MPKB-BRI) BERDASARKAN PRINSIP KEILMUAN DAN KEPATUHAN

Authors

  • Syaidatana Siti Aishah Binti Ab Aziz
  • Wan Norhaniza Wan Hasan

Abstract

Artikel ini berhasrat meneliti pemerkasaan integriti di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dalam pengurusan pembangunan bandar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut. MPKB-BRI merupakan sebuah PBT yang menekankan aspek keislaman dalam pengurusan pembangunan perbandaran yang dilaksanakan. Dalam sistem pengurusannya, MPKB-BRI menekankan lima prinsip utama yang meliputi prinsip keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan. Berdasarkan lima prinsip tersebut, dua daripadanya berkait rapat dengan usaha memastikan integriti dalam kalangan pekerja MPKB-BRI. Dua prinsip tersebut ialah prinsip keilmuan dan kepatuhan. Persoalannya, bagaimanakah MPKB-BRI sebagai sebuah institusi Islam menggunakan pendekatan prinsip keilmuan dan prinsip kepatuhan dalam memastikan dan memperkasa integriti agensi tersebut? Bagi menjawab persoalan tersebut, pelaksanaan prinsip keilmuan dan prinsip kepatuhan di MPKB-BRI dalam pengurusan integriti dalam kalangan pekerja dianalisis menggunakan kaedah kajian kualitatif berdasarkan sumber sekunder yang terdiri daripada dokumen rasmi MPKB-BRI. Analisis merumuskan bahawa dengan adanya prinsip keilmuan dan kepatuhan, kehidupan menjadi lebih teratur serta bebas daripada desakan yang mendorong kepada pelanggaran ajaran Islam dan tatasusila budaya dalam kalangan staf MPKB-BRI. Seterusnya menyumbang ke arah pelaksanaan dan pemerkasaan integriti yang lebih jitu.

Downloads

Published

2020-09-30