TADBIR URUS WAKAF KORPORAT DI MALAYSIA: MENGENAL PASTI PENINGKATAN KEYAKINAN WAQIF TERHADAP AMALAN BERWAKAF

Authors

  • Muhamad Hazrin Sayuti
  • Zakaria Bahari

Abstract

Wakaf merupakan instrumen kewangan sosial yang berupaya memperkasakan kebajikan masyarakat dalam pelbagai aspek. Seiring dengan peredaran zaman, wakaf kini dilihat sebagai salah satu agenda penting dalam pembangunan ekonomi umat Islam. Oleh itu, pengurusan institusi wakaf di Malaysia memerlukan tadbir urus yang cekap demi memastikan pelaksanaan wakaf yang telus dan amanah. Berdasarkan kepada statistik, sebanyak lebih 11 ribu hektar tanah wakaf terbiar dan tergendala yang merangkumi wakaf am dan wakaf khas. Selain itu, trend kutipan dana wakaf tunai juga tidak meningkat secara konsisten dari tahun ke tahun. Oleh itu, adalah menjadi keperluan pengkaji untuk mengenal pasti peningkatan keyakinan waqif terhadap amalan berwakaf melalui aspek tadbir urus wakaf korporat yang cekap. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumendokumen berkaitan tadbir urus institusi wakaf dan kesan terhadap tahap keyakinan waqif. Hasil analisis menunjukkan amalan wakaf korporat yang berkesan perlu mengetengahkan dua prinsip iaitu prinsip integriti dan prinsip akauntabiliti. Seterusnya, terdapat juga elemenelemen yang penting dalam memastikan peningkatan keyakinan waqif dalam berwakaf seperti perakaunan, pelaporan kewangan, kawalan dalaman, gerak kerja proaktif dan inovatif serta keberkesanan sistem pernyampaian perkhidmatan. Kesannya, ia berupaya meningkatkan jumlah kutipan wakaf dari amsa ke semasa.

Downloads

Published

2020-09-30