Tahap penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) dan hubungannya dengan integriti akademik dalam kalangan pelajar TVET
Keywords:
Kecerdasan Buatan, Integriti Akademik, TVETAbstract
Penggunaan alat kecerdasan buatan sudah menjadi sebati dalam kalangan pelajar. Di samping itu, perkembangan AI seperti ChatGPT, pembantu penulisan dan alat sokongan pengaturcaraan telah membantu pelajar menyiapkan tugasan, namun turut menimbulkan persoalan berkaitan keaslian kerja, kejujuran dan etika akademik. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap penggunaan alat kecerdasan buatan serta hubungannya dengan integriti akademik dalam kalangan pelajar TVET. Institusi TVET yang dipilih untuk menjalankan kajian ini ialah di Politeknik Besut Terengganu. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan melibatkan 233 responden melalui soal selidik berstruktur berskala Likert lima mata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan tahap penggunaan AI adalah tinggi (M = 4.17, SP = 0.60), manakala integriti akademik juga berada pada tahap tinggi (M = 4.34, SP = 0.47). Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara penggunaan AI dan integriti akademik (r = 0.353, p < 0.01). Penemuan ini menunjukkan bahawa penggunaan AI tidak semestinya melemahkan integriti akademik apabila pelajar mempunyai kesedaran etika dan kawalan kendiri. Kajian mencadangkan garis panduan penggunaan AI, literasi AI dan penilaian autentik diperkukuh dalam institusi TVET.










