Faktor yang mempengaruhi minat kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kota Marudu

Authors

  • Norinah Garangon Kolej Komuniti Kota Marudu
  • Subir Musta Kolej Komuniti Kota Marudu

Keywords:

pendaftaran kemasukan, faktor pengaruh, Kolej Komuniti Kota Marudu

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pendaftaran kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kota Marudu. Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, kajian ini melibatkan soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Seramai 65 responden dalam kalangan ahli komuniti Kota Marudu telah memberikan maklum balas. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif regresi linear untuk mengenal pasti hubungan antara faktor-faktor tersebut dan keputusan pendaftaran. Hasil kajian mendapati bahawa faktor Kajian ini mendapati bahawa faktor pengetahuan kewujudan kolej, peluang kerjaya serta kemudahan dan akses di kolej mempengaruhi minat belajar di Kolej Komuniti Kota Marudu. Kajian ini mencadangkan agar pihak pengurusan kolej meningkatkan kemudahan yang disediakan dan memperkukuhkan promosi tentang program-program yang ditawarkan bagi menarik lebih ramai pelajar untuk mendaftar di Kolej Komuniti Kota Marudu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-04-15

How to Cite

Garangon, N., & Musta, S. (2026). Faktor yang mempengaruhi minat kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti Kota Marudu. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 9(29), 66–71. Retrieved from https://academicinspired.com/jossr/article/view/4030