Analisis ketidaksedaran pelajar terhadap risiko keselamatan dalam penggunaan rangkaian Wi-Fi awam
Keywords:
Wi-Fi Awam, Risiko keselamatan, KetidaksedaranAbstract
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana tahap ketidaksedaran seseorang terhadap risiko keselamatan dalam penggunaan rangkaian Wi-Fi awam dan mengenal pasti pengalaman terkena penipuan (scam) dalam kalangan pelajar di samping itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara ketidaksedaran terhadap risiko keselamatan dalam penggunaan rangkaian Wi-Fi awam terhadap pengalaman terkena penipuan (scam) dalam talian dalam kalangan pelajar. Sampel kajian yang dipilih adalah dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Sampel pelajar dipilih kerana umumnya sebahagian pelajar selalu mempunyai masalah kewangan dan kekangan dari segi kemampuan untuk membeli kuota data internet. Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan. Sampel terdiri daripada pelajar di Politeknik Besut Terengganu. Teknik pensampelan yang digunakan adalah melalui teknik pensampelan rawak. Data yang di kumpul akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan tahap ketidaksedaran pelajar terhadap risiko keselamatan dalam penggunaan rangkaian Wi-Fi awam. Manakala analisis menggunakan regresi linear untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap ketidaksedaran pelajar adalah pada tahap yang rendah (min 2.517). Bagi pengalaman penipuan, majoriti responden tidak pernah atau hanya segelintir sahaja yang pernah tertipu dalam talian yang berkaitan dengan terpedaya dengan penipuan dalam talian. Mankala analisis regresi linear menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ketidaksedaran terhadap risiko keselamatan dalam penggunaan rangkaian Wi-Fi awam dengan pengalaman pelajar yang pernah terkena scam dalam talian. Kajian ini penting kepada institusi mahupun dalam kalangan pensyarah untuk terus mendidik pelajar yang menggunakan sebarang perkhidmatan Wi-Fi atau internet percuma yang boleh membawa kepada risiko.










