Analisis penggunaan teknologi digital oleh pelajar dalam aktiviti perniagaan dalam talian
Keywords:
Teknologi digital, aktiviti perniagaan, dalam talianAbstract
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran digital untuk berniaga dalam kalangan pelajar dan hubungannya terhadap sikap mengambil peluang untuk menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian. Sampel kajian yang dipilih adalah dalam kalangan pelajar Politeknik Besut Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif yang dijalankan melalui kaedah tinjauan. Teknik pensampelan yang digunakan adalah melalui teknik pensampelan rawak. Data yang di kumpul akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk menentukan tahap penggunaan teknologi digital untuk melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dalam talian dalam kalangan pelajar. Manakala analisis menggunakan regresi linear untuk menentukan hubungan antara pemboleh ubah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran adalah pada tahap sederhana (min 3.364) dalam menggunakan media sosial untuk pemasaran dalam talian. Sementara itu, bagi sikap pelajar dalam mengambil peluang menggunakan teknologi digital untuk berniaga dalam talian, mendapati bahawa sikap mereka adalah pada tahap yang rendah. Manakala, dapatan analisis regresi linear untuk mengkaji sama ada terdapat hubungan antara kemahiran digital untuk berniaga dan sikap pelajar dalam mengambil peluang menggunakan teknologi digital untuk berniaga dalam talian. Kajian ini penting bagi kepada institusi mahupun dalam kalangan pensyarah untuk membantu pelajar menggunakan teknologi digital ke arah yang lebih bermanfaat seperti perniagaan dalam talian. Pada masa kini, hampir sebilangan besar pelajar mempunyai kemahiran dan alat teknologi digital yang baik. Justeru sangatlah rugi sekiranya mereka tidak menggunakan untuk tujuan yang boleh memberi mereka keuntungan.










