Faktor penentu kepada kemerosotan jualan koperasi institusi
Keywords:
Faktor penentu, kemerosotan jualan, koperasi institusiAbstract
Selepas pandemik Covid-19, pendapatan koperasi di Politeknik Kuching Sarawak didapati mengalami kemerosotan jualan. Keadaan ini perlu ditangani bagi memastikan koperasi kembali menjadi pilihan utama pelajar. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kemerosotan jualan koperasi. Responden kajian terdiri daripada pelajar Politeknik Kuching Sarawak. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan teknik persampelan rawak. Responden menjawab item soal selidik berdasarkan skala Likert lima mata. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif bagi mengukur tahap persetujuan pelajar berdasarkan nilai min. Hasil kajian menunjukkan lima faktor utama yang mempengaruhi jumlah perbelanjaan pelajar di koperasi, iaitu pembelian dalam talian yang lebih jimat (B = 0.126, t = 2.268), pembelian dalam talian yang lebih efisien (B = 0.103, t = 1.911), ketiadaan promosi jualan (B = 0.126, t = 2.032), produk yang tidak relevan (B = –0.256, t = –3.759), serta susun atur kedai yang tidak menarik (B = –0.128, t = –2.116). Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pihak koperasi dalam merangka strategi yang lebih berkesan bagi meningkatkan jualan barangan di koperasi institusi.










