PERANAN UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI (UNISSA) DALAM PEMANTAPAN FAHAMAN MAZHAB SYAFI’I DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Authors

  • Azme Matali

Abstract

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) memainkan peranan amat penting sebagai wacana dalam peningkatan dan pemantapan ilmu. Melalui pengajaran, IPT mampu meningkatkan dayasaing para ilmuan sama ada di peringkat domestik mahu pun secara global. UNISSA juga berpeluang dalam melahirkan ilmuan Islam yang mampan dan mampu menangani permasalahan terutama yang berkaitan dengan agama. Melalui Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'i (PPMS) UNISSA, yang mana pusat ini memainkan peranan penting dalam memelihara dan memperkukuh Mazhab Syafi'i sebagai teras pegangan masyarakat Islam di negara ini sejajar dengan Perlembagaan Negara Brunei 1959, Bab 3 (1) yang mengkanunkan Islam sebagai agama rasmi negara mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafi'i. Justeru, kertas kerja ini menggambarkan secara terperinci peranan PPMS sebagai hab rujukan, kajian dan penyelidikan serantau dan antarabangsa dalam bidang mazhab Syafi’i. Hasilnya, PPMS mampu dan yakin dalam usaha memantapkan fahaman serta memperkukuhkan pegangan Ahli Sunnah Waljama’ah mengikut aliran mazhab Syafi’i secara berterusan selagi mana masyarakat Islam di Negara Brunei Darussalam berpegang teguh kepadanya dalam iman dan taqwa.

Downloads

Published

2019-03-31