SATU TINJAUAN AWAL FAKTOR KEUPAYAAN DAN DORONGAN KEKEKALAN DALAM SEKTOR EKONOMI TIDAK FORMAL: KAJIAN KES ASNAF DALAM KALANGAN WANITA DI BANTING SELANGOR

Authors

  • Aza Shahnaz Azman Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 43000, Kajang, Selang
  • Fadilah Mat Nor 1Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 43000, Kajang, Selang

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganggar hubungan diantara faktor keupayaan dan dorongan kekekalan oleh asnaf dalam kalangan wanita yang memegang tanggungjawab sebagai ketua isirumah dalam menceburi bidang ekonomi sektor tidak formal. Kajian dilakukan ke atas 100 responden wanita yang menunjukkan peningkatan dari segi sosioekonomi mereka ke tahap yang memuaskan. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis regresi hirarki berganda bagi menganggar hubungan diantara pemboleh ubah yang dicerap. Dapatan kajian membuktikan bahawa responden umumnya merasakan faktor keupayaan, iaitu faktor pendidikan, kemahiran, kewangan dan nilai agama mempunyai hubungan yang signifikan ke atas faktor dorongan kekal dan seterusnya memberi impak ke atas sosioekonomi mereka. Malahan nilai-nilai agama yang diterapkan melalui pendidikan menyokong kepada keupayaan mereka untuk terus maju.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

Aza Shahnaz Azman, & Fadilah Mat Nor. (2019). SATU TINJAUAN AWAL FAKTOR KEUPAYAAN DAN DORONGAN KEKEKALAN DALAM SEKTOR EKONOMI TIDAK FORMAL: KAJIAN KES ASNAF DALAM KALANGAN WANITA DI BANTING SELANGOR. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 4(19). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/998