MERANGKA STRATEGI PELAN TINDAKAN BAGI MENINGKATKAN KUTIPAN ZAKAT

Authors

  • Shuhairimi Abdullah
  • Nadratun Nafisah Abdul Wahab
  • Mohd Farihal Osman
  • Muhammad Nasri Md Hussain

Abstract

Kajian-kajian lalu mendapati bahawa pendekatan mewujudkan pelan strategi untuk digunakan organisasi awam bukan berasaskan keuntungan (non-profit organizations) adalah penting. Hal ini membawa kepada cadangan perangkaan pelan strategik khusus kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK). Oleh itu, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan cara terkini kepada LZNK untuk meningkatkan kutipan zakat. Seterusnya, dapatan daripada pembacaan menyatakan bahawa pelan strategik sangat sesuai untuk memformulasi tindakan secara jangka panjang. Justeru berdasarkan pengkaji-pengkaji lalu, soalan-soalan yang sesuai telah dirangka untuk kajian pelan strategik LZNK dan ia juga sesuai digunakan untuk organisasi bukan awam berasaskan keuntungan lain.

Downloads

Published

2019-03-31