PENCARIAN MAKLUMAT BERKAITAN ILMU AKIDAH, SYARIAH DAN TASAWUF MELALUI YOUTUBE: PERBANDINGAN METODOLOGI TEMU BUAL KUMPULAN FOKUS DAN EKSPERIMEN KUASI

Authors

  • Mohd Faisal Mustaffa
  • Mohd Sobhi Ishak
  • Norizah Aripin

Abstract

Pelbagai video berkaitan Islam telah disebar luas dalam YouTube. Melihat kepada kecenderungan generasi muda melayari laman YouTube yang begitu meluas ini, timbul persoalan mengenai tujuan penggunaan medium ini untuk tujuan agama dalam kalangan generasi muda Islam, khususnya berkaitan dengan ilmu akidah, syariah dan tasawuf. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pola generasi muda Islam dalam menggunakan laman YouTube untuk tujuan agama. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual kumpulan fokus dan eksperimen kuasi. Sebanyak 31 orang informan telah ditemubual dalam empat sesi temu bual kumpulan fokus, manakala sebanyak 72 orang responden terlibat dalam kajian eksperimen kuasi bagi melihat pola penggunaan sebenar YouTube bagi tujuan agama dalam kalangan generasi muda Islam. Hasil kajian temu bual kumpulan fokus menunjukkan, carian berkaitan dengan syariah iaitu 53.50 %, berbanding eksperimen kuasi iaitu 33.7 %, carian berkaitan tasawuf sebanyak 27.90 % berbanding ekseprimen kuasi 34.9 % dan akidah sebanyak 18.60 % berbanding eksperimen kuasi 23.7 %.

Downloads

Published

2019-03-31