KEPERLUAN ISTILAH ARAB DI KALANGAN PELANGGAN PERBANKAN

Authors

  • Ahmad Farid Fadhli Mustafa
  • Muhammad Anas Al Muhsin
  • Mohd Yahya Mohd Hussin

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dua perkara utama iaitu pengetahuan serta keperluan istilah bahasa Arab di kalangan pelanggan di institusi perbankan. Kajian ini dijalankan terhadap 110 orang responden dalam kalangan pelanggan institusi perbankan di Kuala Kangsar. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diberikan kepada responden dengan dipecahkan kepada 3 bahagian utama iaitu melihat kepada latar belakang responden, pengetahuan dan pemahaman bahasa Arab dan istilahnya serta keperluan bahasa Arab untuk urusan muamalat. Kajian ini menggunakan statistik kekerapan dan peratusan. Hasil analisis mendapati 71.8% pelanggan di institusi perbankan tidak bersetuju menggunakan bahasa Arab dalam urusan harian disebabkan faktor sekeliling yang tidak membantu. Dapatan juga menunjukkan 53.7% bersetuju dan 21.8% sangat bersetuju bahawa satu modul bahasa Arab bagi meningkatkan kefahaman pelanggan di institusi perbankan perlu dibangunkan. Oleh yang demikian, usaha bagi memperluaskan penggunaan istilah bahasa Arab khususnya perkara yang melibatkan kewangan Islam di institusi perbankan ini wajarlah disokong dan dibantu.

Downloads

Published

2019-03-31