KEBERKESANAN BAHAGIAN PENGUATKUASAAN (JAIM) DALAM MENANGANI KES JENAYAH SYARIAH NEGERI MELAKA

Authors

  • Nurhana Binti Ismayadi
  • Mohd Hafiz Safiai

Abstract

Gejala sosial berkaitan jenayah syariah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini merupakan satu fenomena yang amat membimbangkan. Bagi membenteras gejala ini, badan-badan pengutkuasa agama telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Artikel ini membincangkan tentang keberkesanan usaha penguatkuasa agama khususnya Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam membendung permasalahan jenayah syariah yang berlaku di Negeri Melaka. Oleh itu kajian ini juga bertujuan untuk meneliti peranan sebenar penguatkuasa agama dalam melaksanakan Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002 terutamanya dari sudut bidangkuasa bahagian penguatkuasaan. Artikel ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen serta kaedah temu bual dalam pengumpulan data kajian. Hasil kajian mendapati terdapat lapan buah kes jenayah syariah yang paling kerap berlaku di Melaka iaitu kes minum minuman memabukkan, bersekediaman, hamil anak luar nikah, subahat persetubuhan haram, perbuatan tidak sopan, lelaki berlagak seperti perempuan, melacurkan diri dan berjudi. Kajian ini juga wajar diteruskan dan diperkembangkan lagi pada masa akan datang untuk kepentingan bersama bagi mentransformasikan undang-undang Islam di Malaysia ke arah yang lebih baik khususnya dalam usaha membasmi kes jenayah syariah.

Downloads

Published

2019-03-31