PELAKSANAAN KUTIPAN DAN AGIHAN ZAKAT DALAM ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM)

Authors

  • Mohd Nizar Zahrin bin Zakaria

Abstract

Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh umat Islam. Peranannya bukan sahaja terbatas sebagai menyucikan harta dan jiwa manusia, bahkan turut menjadi salah satu alat jaminan sosial yang menjaga kebajikan umat Islam. Seiring dengan peranan penting yang dimainkan, pelbagai institusi telah memainkan peranan dalam mentadbir urus kutipan dan agihan zakat. Namun begitu, tadbir urus zakat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) jarang dibincangkan meskipun mempunyai kadar kutipan zakat yang tinggi setiap tahun. Selain daripada itu, peranan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) juga kurang didedahkan terutamanya dalam mengendalikan tadbir urus zakat. Justeru, objektif utama kajian ini adalah untuk menjelaskan secara terperinci berkenaan pelaksanaan kutipan dan agihan zakat di ATM serta fungsi KAGAT dalam menguruskan perkara tersebut.

Downloads

Published

2019-03-31