PENUBUHAN PERBADANAN PENGURUSAN LIKUIDITI ISLAM ANTARABANGSA (IILM) DAN PERANANNYA DALAM PENGURUSAN RISIKO KECAIRAN

Authors

  • Nurun Nazirah Md Yusop
  • Azlin Alisa Ahmad
  • Noor Izzati Ab Rahman
  • Mohd Hafiz Safiai

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang penubuhan Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) berikutan timbulnya isu mengenai kekurangan instrumen kecairan patuh Syariah dalam pasaran. Pengurusan risiko kecairan yang cekap dan efektif penting dalam institusi perbankan sama ada Islam mahupun konvensional bagi menjaga kestabilan dan kelancaran operasi sesebuah bank. Terdapat perbezaan dalam menguruskan risiko kecairan antara institusi perbankan Islam dan konvensional terutama dalam pemilihan instrumen kecairan patuh Syariah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneliti faktor penubuhan IILM dalam meningkatkan kemajuan tadbir urus sistem perbankan di Malaysia. Di samping itu, kajian ini juga akan membincangkan peranan IILM dalam pengurusan risiko kecairan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis dokumen dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa peranan utama IILM dalam pengurusan risiko kecairan perbankan Islam terutama menerusi aspek pembangunan instrumen. Justeru, kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat dan ahli akademik, sekali gus dapat meningkatkan kemajuan tadbir urus sistem perbankan di Malaysia.

Downloads

Published

2019-03-31