APLIKASI TEORI TAKMILAH DALAM FARA’ID AL- FAWA’ID AL-FIKRA FI AL-IMAM AL-MAHDI: SATU ANALISIS KEPIMPINAN ISLAM

Authors

  • Mohd Rosli Saludin
  • Adenan Ayob
  • Syarifah Salha Syed Ahmad

Abstract

Kajian ini meneliti aspek-aspek kepimpinan Islam yang terkandung dalam teks manuskrip kisah Imam al-Mahdi dengan judul Fara’id al-Fawa’id al-Fiqra fi al-Imam al- Mahdi karangan Sheikh Daud al-Fatani r.h.m. Penelitian terhadap aspek-aspek kepimpinan pada seorang pemimpin dianalisis berdasarkan teori Takmilah dalam prinsipnya yang kedua iaitu Kerasulan yang bersifat Kamil. Hasil kajian mendapati ciri-ciri kepimpinan disentuh dari sudut khalifah, dakwah dan jihad serta terangkum dalam prinsip Takmilah yang mengangkat sifat kerasulan sebagai manusia yang sempurna (Kamil) dan berkelayakan diiktiraf sebagai seorang pemimpin. Penegasan terhadap ciri-ciri pemimpin Kamil difokuskan kearah pembentukan sebuah negara yang berdaulat. Metod penyelidikan kualitatif digunakan bagi meneliti ketiga-tiga ciri kepimpinan yang dihuraikan dalam teks manuskrip melalui kaedah kepustakaan dan analisis teks. Kajian ini dilihat dapat menyumbang kepada pertambahan koleksi khazanah ilmu di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia dan dapat memartabatkan khazanah warisan Melayu di Malaysia.

Downloads

Published

2019-03-31