ASSESSMENT OF "MORAL SPECIAL CLASS (KKM)" FOR TRAINERS DO NOT TRANSPORT ISLAM

Authors

  • Dr. Azizah binti Hussin
  • En. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali
  • Dr. Aznida binti Aziz

Abstract

Kajian ini berfokus kepada Kelas Khas Moral (KKM) yang telah dilaksanakan di IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Kelas ini diwajibkan kepada semua guru pelatih bukan beragama Islam dengan tujuan untuk mementapkan nilai-nilai murni kepada bakal- bakal guru agar lahir generasi guru yang berkahlak mulia dari sudut integriti, rajin bekerja dan seumpamanya. KKM ini dijalankan serentak pada waktu yang sama dengan Kelas Quran guru pelatih Islam. Responden seramai 30 orang yang dipilih secara rawak bertujuan, Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan, dari pelbagai agama dan opsyen. Bahkan tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang mengambil opsyen Pendidikan Moral. Dapatan diperolehi daripada soal selidik dan di analisa menggunakan SPSS tetapi dibentangkan dapatan dalam bentuk min, peratus dan kekerapan. Hasil keseluruhan mencatatkan responden sangat bersetuju bahawa tajuk-tajuk yang diperbincangkan dalam KKM berkait dengan nilai murni. Pensyarah pula dapat menghuraikan dengan jelas tajuk-tajuk yang diperbincangkan bahkan mereka tidak menghina mana-mana agama. Responden turut mengakui bahawa KKM sangat berkait dan ada hubungan yang positif dengan kerjaya sebagai guru. Responden turut bersetuju mencadangkan agar KKM atau seumpamanya diperkenalkan di IPT lain. Kajian ini memberi sumbangan yang besar kepada pembaca dengan menghasilkan satu keputusan bahawa kelas yang membincangkan nilai-nilai murni secara khusus perlu diwujudkan kerana ilmu ini akan sentiasa menjaga kita dari terjebak ke perkara tidak bermoral.

Downloads

Published

2017-12-31