WAcD BI AL-TANA>ZUL DALAM SAHAM KEUTAMAAN MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH

Authors

  • Marina Abu Bakar
  • Dr. Shofian Ahmad

Abstract

Wacd bi al-tana>zul yang dipraktikkan dalam amalan saham keutamaan pada hari ini mempunyai masalah dari segi pelaksanaannya kerana objek akad, iaitu pembahagian keuntungan dan kerugian dalam musha>rakah masih belum dipastikan semasa permulaan akad tersebut. Konsep ini telah digunakan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam mengharuskan saham keutamaan bukan kumulatif. Saham keutamaan bukan kumulatif merupakan saham keutamaan yang tempoh pegangan saham oleh pelabur adalah kekal dan bersamaan dengan saham biasa kecuali dividennya tetap dan tidak boleh dikumpul ke hadapan. Meskipun konsep wacd bi al-tana>zul ini telah digunapakai oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, namun ia masih mendapat pertikaian di peringkat antarabangsa kerana wacd yang dipraktikkan bersifat mulzim (mengikat) dari segi agama dan undang-undang. Pengamalan wacd bi al-tana>zul pada permulaan akad musha>rakah telah menyebabkan berlakunya gharar dalam pembahagian keuntungan dan kerugian. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji isu wacd bi al-tana>zul dalam amalan saham keutamaan di Malaysia. Kaedah analisis kandungan telah dipilih sebagai reka bentuk kajian ini. Data dalam kajian ini adalah data kualitatif yang dikumpul melalui analisis dokumen. Manakala penganalisisan data dilakukan dengan mengguna pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa konsep wacd bi al-tana>zul ini bertepatan untuk digunapakai tetapi memerlukan kepada pengubahsuaian dalam struktur akad musha>rakah

Downloads

Published

2017-06-30