3R, dakwah dan politik Islam di Malaysia: Perspektif undang-undang

Authors

  • Che Hamdan Che Mohd Razali Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub, Raub, 27600, Pahang
  • Khairul Anuar Abdul Hadi Fakulti Undang-Undang, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Raub, Raub, 27600, Pahang
  • Wan Rohila Ganti Wan Abdul Ghapar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak, Gong Badak 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Keywords:

3R, dakwah, politik Islam, perlembagaan, undang-undang

Abstract

Penulisan ini mengkaji pertembungan yang berlaku berkaitan dengan larangan pemerintah dalam menyentuh perkara berkaitan dengan kaum, agama dan raja atau lebih dikenali sebagai 3R (Race, Religion and Royalty) dengan dakwah Islam dan juga politik Islam di negara ini dari perspektif perundangan. Berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (1), Islam adalah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan dengan bebas dan harmoni.  Konflik yang berkaitan dengan perkara ini telah membawa kepada perbahasan dan terdapat kes yang tidak dapat dikawal sehingga memerlukan tindakan undang-undang. Beberapa kes mahkamah yang melibatkan individu-individu yang berkaitan dengan 3R diberi tumpuan dalam kajian ini bagi dengan objektif untuk menilai interpretasi perundangan dan bagaimana ia membentuk sempadan dalam menjaga keharmonian dalam masyarakat dan mematuhi ketetapan undang-undang negara. Unsur-unsur politik dalam menilai dan memahami wujudnya persimpangan yang bersilang di antara isu berkaitan dengan 3Rs dan juga dakwah dan politik Islam memberi pengaruh terhadap sudut perundangan. Berdasarkan kajian yang berbentuk kualitatif dengan rujukan sumber primer dan juga sekunder huraian dilakukan dalam bentuk deskriptif dan analitikal. Kajian mendapati wujudnya implikasi yang besar dari segi amalan perundangan berkaitan dengan 3Rs terhadap dakwah dan politik Islam tetapi pada masa yang sama ia menjadi benteng dalam menjaga keharmonian dalam masyarakat majmuk di negara ini. Artikel ini boleh menyumbang kepada kajian berkaitan dengan pertembungan diantara kelompok Islamis sesama mereka dan juga terhadap pemerintah dalam konteks 3R di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-16

How to Cite

Che Mohd Razali, C. H., Abdul Hadi, K. A., & Wan Abdul Ghapar, W. R. G. (2025). 3R, dakwah dan politik Islam di Malaysia: Perspektif undang-undang. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 10(77). Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/753-769