Penglibatan komuniti dan pelaksanaan program Bandar Selamat: Satu penemuan awal di Kota Kinabalu, Sabah

Authors

  • Nor-Ina Kanyo Pensyarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah.
  • Falmon Kain Pelajar Sarjana Geografi dan Pembantu Penyelidik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah
  • Ahmad Tarmizi Abdul Rahman Pensyarah Universiti Malaysia Sabah
  • Normah Abdul Latip Pensyarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah.
  • Ubong Imang Pensyarah Universiti Malaysia Sabah
  • Norita Jubit Pensyarah Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) dan Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Malaysia Sabah.
  • Datu Razali Datu Eranza Pensyarah Universiti Malaysia Sabah

DOI:

https://doi.org/10.55573/JISED.118809

Keywords:

Penglibatan, komuniti, Program Bandar Selamat, Kota Kinabalu, Sabah

Abstract

Penglibatan komuniti merupakan antara komponen penting dalam menjayakan pelaksanaan sesuatu program. Artikel ini mengetengahkan penemuan awal ke atas penelitian penglibatan komuniti dalam pelaksanaan Program Bandar Selamat di Kota Kinabalu Sabah, dengan memberikan tumpuan kepada faktor yang mempengaruhi penglibatan, bentuk penglibatan serta impak yang diperoleh oleh komuniti daripada penglibatan mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah soal selidik terhadap penduduk dan temu bual bersama wakil komuniti serta agensi berkaitan dalam pengumpulan data penglibatan komuniti. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, manakala data temu bual akan dianalisis secara tematik. Penelitian merangkumi penglibatan dalam aktiviti keselamatan kejiranan, penyampaian maklumat, pelaporan masalah keselamatan dan proses membuat keputusan. Faktor kesedaran keselamatan, kepercayaan terhadap agensi pelaksana, komunikasi, sokongan institusi dan ketersediaan sumber turut diteliti bagi memahami keadaan yang mendorong atau menghalang kepada penglibatan penyertaan komuniti di kawasan kajian. Sesuatu yang menarik daripada kajian ialah dapat menjelaskan corak penglibatan komuniti bagi konteks pelaksanaan Program Bandar Selamat di Sabah, khususnya di Daerah Kota Kinabalu, sekaligus menjadi panduan kepada pihak berkuasa tempatan, agensi keselamatan dan pemimpin komuniti untuk memperluas peluang penglibatan komuniti, serta memperkukuh kerjasama dalam mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat.

 

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ahmad Arnstein, S. R. (1969). A ladder of citizen participation. Journal of the American Institute of Planners, 35(4), 216–224. https://doi.org/10.1080/01944366908977225

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. (2010). Bandar selamat. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. https://www.planmalaysia.gov.my/uploads/content-downloads/file_20250413130743.pdf

Kanyo, N., Abdul Rahman, A. T., Rainis, R., Jubit, N., Arsyi Lajimin, S. A., & Samuni, N. (2023). Konsep bandar selamat: Kronologi dan pelaksanaan di Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 8(56), 368–386. https://doi.org/10.55573/JISED.085633

Mansuri, G., & Rao, V. (2013). Localizing development: Does participation work? World Bank. https://doi.org/10.1596/978-0-8213-8256-1

Mt Akhir, N., Md Sakip, S. R., Mat Nayan, N., Ali, N. E., & Che Ahmad, A. (2026). Rethinking urban safety through perceived safety and community engagement in Malaysia’s Safe City Programme. Planning Malaysia, 24(3), 194–210. https://doi.org/10.21837/pm.v24i42.2039

Pretty, J. N. (1995). Participatory learning for sustainable agriculture. World Development, 23(8), 1247–1263. https://doi.org/10.1016/0305-750X(95)00046-F

Samuni, N., Kanyo, N., & Mapjabil, J. (2021). Keterlibatan komuniti dalam memperkasakan bandar berdaya huni di zon black spot jenayah di Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Kinabalu, 27, 97–118. https://doi.org/10.51200/ejk.v27i.3650

UN-Habitat. (t.t.). Safer cities. https://unhabitat.org/programme/safer-cities

Downloads

Published

2026-11-06

How to Cite

Kanyo, N.-I., Kain, F., Abdul Rahman, A. T., Abdul Latip, N., Imang, U., Jubit, N., & Datu Eranza, D. R. (2026). Penglibatan komuniti dan pelaksanaan program Bandar Selamat: Satu penemuan awal di Kota Kinabalu, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(88), 121–136. https://doi.org/10.55573/JISED.118809