Keutamaan terhadap logo dan pensijilan halal dalam pembelian makanan secara atas talian: Kajian terhadap pengguna Muslim di Malaysia
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.118788Keywords:
logo halal, pensijilan halal, responden Muslim, pembelian makanan dalam talian, keyakinan penggunaAbstract
Perkembangan pembelian makanan secara dalam talian telah mengubah cara pengguna mendapatkan maklumat dan menilai status halal sesuatu produk. Dalam persekitaran digital, pengguna tidak dapat memeriksa produk secara fizikal, sekali gus menjadikan logo dan pensijilan halal sebagai rujukan penting dalam pemilihan makanan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap keutamaan responden Muslim terhadap logo dan pensijilan halal dalam pembelian makanan secara dalam talian. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas ini melibatkan 373 responden Muslim yang dipilih melalui pensampelan mudah. Pengedaran soal selidik banyak tertumpu kepada komuniti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor penerokaan. Dapatan menunjukkan bahawa tahap keutamaan terhadap logo dan pensijilan halal adalah sangat tinggi (min = 4.49, SP = 0.59). Responden paling mengutamakan produk yang mempunyai logo halal (min = 4.72), diikuti keyakinan terhadap platform yang memaparkan pensijilan halal (min = 4.61) dan keutamaan terhadap produk yang disahkan oleh badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (min = 4.43). Lima item kajian menunjukkan kebolehpercayaan yang boleh diterima (α = .736). Data sesuai untuk analisis faktor berdasarkan nilai KMO = .775 dan ujian kesferaan Bartlett yang signifikan, χ²(10) = 420.82, p < .001. Analisis faktor penerokaan menghasilkan satu faktor yang menerangkan 50.85% daripada jumlah varians. Dapatan menunjukkan bahawa logo dan pensijilan halal berfungsi sebagai petunjuk yang membantu responden mengurangkan ketidakpastian terhadap status makanan dalam persekitaran digital. Walau bagaimanapun, dapatan tidak boleh digeneralisasikan kepada keseluruhan pengguna Muslim kerana sampel didominasi oleh golongan muda dan pelajar. Penyedia platform dan peniaga makanan dalam talian disarankan memaparkan maklumat pensijilan halal yang jelas, sah dan mudah disahkan bagi memperkukuh keyakinan pengguna..
Downloads
References
Abd Jalil, M. I., Samsu, S. H., & Andriani, D. W. (2026). Consumer insights on halal certification: Awareness, perception, and visibility as key determinants of purchase behaviour. Journal of Islamic Monetary Economics and Finance, 12(1), 195–228. https://doi.org/10.21098/jimf.v12i1.3086
Abdul Halim, M. A., Hassan, M. S., & Mohd Ali, H. (2023). Meat cartels and their manipulation of halal certification in Malaysia. IIUM Law Journal, 31(S1), 165–186. https://doi.org/10.31436/iiumlj.v31is1.879
Ambad, S. N. A., Haron, H., & Mohd Ishar, N. I. (2022). Determinants of consumers’ purchase behaviour towards online food delivery ordering (OFDO). Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 30(3), 1071–1094. https://doi.org/10.47836/pjssh.30.3.08
Hew, J.-J., Wong, L.-W., Tan, G. W.-H., Ooi, K.-B., & Lin, B. (2020). The blockchain-based halal traceability systems: A hype or reality? Supply Chain Management: An International Journal, 25(6), 863–879. https://doi.org/10.1108/SCM-01-2020-0044
Jaiyeoba, H. B., Abdullah, M. A., & Dzuljastri, A. R. (2020). Halal certification mark, brand quality, and awareness: Do they influence buying decisions of Nigerian consumers? Journal of Islamic Marketing, 11(6), 1657–1670. https://doi.org/10.1108/JIMA-07-2019-0155
Jannah, S. M., & Al-Banna, H. (2021). Halal awareness and halal traceability: Muslim consumers’ and entrepreneurs’ perspectives. Journal of Islamic Monetary Economics and Finance, 7(2), 285–316. https://doi.org/10.21098/jimf.v7i2.1328
Kurnyasih, A., Sugianto, S., & Harahap, M. I. (2024). The effect of price, halal label, length of operating hours on users of online food delivery services in Medan City. Studi Akuntansi, Keuangan, dan Manajemen, 4(1), 147–160. https://doi.org/10.35912/sakman.v4i1.3237
Kusumastuti, D., Raharja, M. C., & Maamor, S. (2024). Multidimensional trust in halal logo of food products: A study in local cultural context. Ijtimā’iyya: Journal of Muslim Society Research, 9(1), 15–36. https://doi.org/10.24090/ijtimaiyya.v9i1.10740
Muhamad Nazari, N. N. A., Abu Bakar, E., & Muhammad Arif, A. M. (2023). Consumer protection against the false description of halal in e-commerce. UUM Journal of Legal Studies, 14(2), 657–675. https://doi.org/10.32890/uumjls2023.14.2.10
Santoso, L., & Rachman, A. (2024). Digitalising halal certification: The dynamic of regulations and policies concerning halal certification in Indonesia. Jurisdictie: Jurnal Hukum dan Syariah, 14(2), 265–293. https://doi.org/10.18860/j.v14i2.24115
Sidarto, L. P., & Hamka, A. (2021). Improving halal traceability process in the poultry industry utilizing blockchain technology: Use case in Indonesia. Frontiers in Blockchain, 4, Article 612898. https://doi.org/10.3389/fbloc.2021.612898
Yener, D. (2022). The effects of halal certification and product features on consumer behavior: A scenario-based experiment. International Journal of Management Studies, 29(2), 101–136. https://doi.org/10.32890/ijms2022.29.2.5










