Peranan Hukum Kanun Pahang (HKP) dalam membentuk struktur sosial masyarakat Melayu
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.118786Keywords:
Adat dan syariah, Hukum Kanun Pahang, masyarakat Melayu, perundangan Melayu, struktur sosialAbstract
Hukum Kanun Pahang (HKP) merupakan salah satu teks perundangan Melayu tradisional yang memainkan peranan penting dalam mengatur sistem pemerintahan, hubungan sosial serta kehidupan masyarakat dalam Kesultanan Pahang. Undang-undang ini bukan sahaja berfungsi sebagai panduan pentadbiran dan keadilan, malah turut mencerminkan nilai-nilai sosial, adat serta pengaruh syariah Islam yang membentuk struktur sosial masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis peranan HKP dalam membentuk struktur sosial masyarakat Melayu dengan meneliti aspek hierarki sosial, peranan pemerintah, hubungan antara golongan masyarakat serta nilai moral yang terkandung dalam teks tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis dokumen terhadap manuskrip dan teks HKP serta sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan sejarah perundangan Melayu. Hasil kajian mendapati bahawa HKP berperanan sebagai mekanisme penting dalam mengekalkan kestabilan sosial melalui penetapan kedudukan pemerintah, pembahagian tanggungjawab sosial serta pengawalan tingkah laku masyarakat berdasarkan prinsip adat dan syariah. Selain itu, undang-undang ini turut memperlihatkan integrasi antara adat Melayu dan prinsip Islam yang membentuk identiti serta sistem sosial masyarakat Melayu tradisional. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa HKP bukan sekadar dokumen perundangan, tetapi juga merupakan sumber penting dalam memahami pembentukan struktur sosial, nilai budaya serta sistem kehidupan masyarakat Melayu dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu.
Downloads
References
Ab. Jalil Borhan. (2014). Legasi Islam Di Pahang Wadah Transformasi Jati Diri Umat Gemilang. Syarahan Umum Profesor Universiti Malaysia Pahang. Dilayari daripada http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/5312/1/SYARAHAN_PROF_JALIL.pdf
Abdul Halim El-Muhammady & Asma Hakimah Ab. Halim. (2019). Qanun Pahang Zaman Pemerintahan Sultan Abdul Ghaffar Mahyudiin Shah (1592-1614 M). Penerbit UKM.
Ahmad Farid Abd Jalal, Rahimin Affandi Abdul Rahim & Awang Azman Awang Pawi. (2022). Manuskrip Hukum Kanun Pahang: antara kepentingan dan kritikan sarjana kolonial. Jurnal Melayu Sedunia. 5 (1), 89-99.
Amin Ridzuan Ishak. (2015). Batu nisan bukti Pahang negeri terawal terima Islam. Berita Harian Online.
Badli Shah Alauddin. (2024). Proses islamisasi di Pahang. https://www.researchgate.net/publication/385558838_Proses_Islamisasi_di_Pahang)
Mohamad Hafifi Hassim, Ahmad Murshidi Mustapa & Abdul Hakim Baharuddin. (2019). Sejarah pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia: sorotan terhadap sistem kehakiman Islam di negeri Melaka. Journal of Muwafaqat 2 (2), 59-72.
Muhammad Nazirul Mohd Sabri. (2025). Analisis Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan Perak dari perspektif syariah. AL-MAKRIFAH Journal of Knowledge and Learning in Islamic Tradition and Culture. 3 (2), 124-134.
Nazri Muslim, Amaal Fadhlini Mohamed & Ahmad Firdhaus Arham. (2024). From the past to the present: The enduring impact of Hukum Kanun Pahang (Pahang Laws) in Malaysian society. Humanities and Social Sciences Communications. 11 (1), 1-6.
Nor Dalilah Zakaria, Raihanah Azahari & Bahiyah Ahmad. (2023). Elemen kebertanggungjawaban rumah tangga menurut perspektif Islam. Jurnal Fiqh. 20 (2), 165-210.
Nur Mohd Iqzuan Samsudin, Nur Fatin Izzati Ahmad Shukri, Marina Abdul Manap, Fathin Shahirah Abd Rahim, Nur Rabiatul Adawiah Abdul Rahman, Zuraidah Hassan & Abd Aziz A'zmi. (2025). Perkembangan peranan pembesar di Pahang: Tinjauan awal melalui pendekatan pensejarahan perundangan. AJEHH: Asian Journal of Environment, History and Heritage, 9 (2), 183-196.
Rohayu Mat Rani. (2013). Sifat dan peranan raja dan pembesar dalam naskhah Hukum Kanun Pahang. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.
Salihahs Razak & Arba’ie Sujud. (2016). Penerapan undang-undang adat terhadap kesalahan sahsiah pada zaman kesultanan Melayu. EDUCATUM – Journal of Social Science. 2, 16-30.
Shakila Ahmad, Hussain Othman, Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi & Mohd Hisyam Abdul Rahim. (2018). Tinjauan terhadap cabaran semasa tulisan jawi sebagai warisan masyarakat peradaban bangsa Melayu. Journal of Techno Social. 10 (1), 57-62.
Siti Nurul Izza Binti Hashim, Roziah Binti Sidik @ Mat Sidek, & Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad. (2021). Tulisan jawi pelopor keilmuan di alam Melayu: Satu kajian awal. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa. 32(2), 19–34.
Siti Zahrah Mahfood & Nurulasyikin Hassan. (2025). Interpretasi Sejarah Melayu: Representasi peranan golongan diperintah dalam pemerintahan kesultanan Melayu Melaka. Malay Literature, 38(1), 115‒144.
Suhadan Anwar. (2017). Kawalan Sosial Beraja Dalam Naskhah Historiografi Melayu. Tesis Sarjana Sastera Universiti Putra Malaysia
Wan Ahmad Fauzi Hashim @ Wan Husain. (2023). Analisis Hukum Kanun Pahang dari aspek ciri perlembagaan moden. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences. 6 (4), 220-233.
Yaakub Isa (ed.). (2003). Hukum Kanun Pahang: Manuskrip Agung Negeri Pahang. Lembaga Muzium Negeri Pahang.
Zakaria Stapa, Noranizah Yusuf & Abdul Fatah Shaharudin. (2012). Islam asas pembentukan jati diri bangsa Melayu-Muslim. Jurnal Hadhari Special Edition. 129-141.










