Kefahaman dan kepercayaan institusi sebagai penentu penyertaan wakaf keluarga dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia

Authors

  • Muhammad Hamizan Ab Hamid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Mohd Afandi Mat Rani Rektor, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.55573/JISED.118747

Keywords:

Wakaf, Keluarga, Kepercayaan Institusi, Penyertaan Masyarakat

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti faktor yang mempengaruhi penyertaan masyarakat Muslim dalam wakaf keluarga di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada tiga elemen utama, iaitu persepsi, kefahaman, dan kepercayaan terhadap institusi wakaf. Wakaf keluarga dilihat sebagai salah satu instrumen penting dalam kewangan sosial Islam kerana berpotensi membantu menjaga kebajikan keluarga, melindungi harta antara generasi, serta menyumbang kepada kestabilan sosioekonomi masyarakat. Pelaksanaan wakaf keluarga di Malaysia masih berhadapan dengan cabaran pengurusan dan kejelasan mekanisme pelaksanaan. Sehubungan itu, kajian ini meneliti peranan faktor kognitif dan institusi dalam menjelaskan kesediaan masyarakat untuk menyertai wakaf keluarga. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan melibatkan 297 responden Muslim di Malaysia yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur berskala Likert lima mata dan dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui analisis kebolehpercayaan, Exploratory Factor Analysis (EFA) dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman dan kepercayaan institusi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penyertaan dalam wakaf keluarga. Walau bagaimanapun, persepsi didapati tidak mempunyai pengaruh yang signifikan secara langsung terhadap penyertaan. Individu yang mempunyai persepsi positif terhadap wakaf serta memahami konsep dan pelaksanaannya dengan jelas didapati lebih cenderung untuk menyertai wakaf keluarga. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap kepercayaan terhadap institusi yang mengurus wakaf memberi kesan langsung terhadap keyakinan masyarakat untuk terlibat dalam wakaf keluarga. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa usaha meningkatkan penyertaan masyarakat dalam wakaf keluarga perlu memberi perhatian kepada aspek pendidikan, kefahaman masyarakat, dan pengukuhan tadbir urus institusi wakaf secara lebih telus dan sistematik.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ab Rahman, M. F., Abdullah Thaidi, H. A., Mohamad Suhaimi, F., & Ab Rahim, S. F. (2024). Proposed temporary waqf model for family waqf implementation in Malaysia. Journal of Islamic Accounting and Business Research, 15(1), 56–78. https://doi.org/10.1108/JIABR-04-2022-0098

Ahmad Sanusi, S. W. S., Yaacob, S. E., & Md Salleh, M. F. (2025). Zurri waqf in Malaysia: Navigating implementation and accounting practices. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(7). https://doi.org/10.64757/alqanatir.2025.3407/1045

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50(2), 179–211. https://doi.org/10.1016/0749-5978(91)90020-T

Bernama. (2024, July 23). Pelan Induk Wakaf Nasional dilancar tahun hadapan.

Creswell, J. W. (2014). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approach (4th ed.). Sage Publications.

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2021). Multivariate data analysis (8th ed.). Cengage Learning.

Htay, S. N. N., Al-Jabri, I. M., & Ahmed, H. (2020). Intention to participate in waqf: The role of religiosity and attitude. Journal of Islamic Marketing, 11(5), 1233–1251. https://doi.org/10.1108/JIMA-05-2019-0100

Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. (2024). Dasar wakaf. https://www.jawhar.gov.my/wakaf/dasar-wakaf/

Kaiser, H. F. (1974). An index of factorial simplicity. Psychometrika, 39(1), 31–36. https://doi.org/10.1007/BF02291575

Kamaruddin, M. I. H., & Hanefah, M. M. (2021). An empirical investigation on waqf governance practices in waqf institutions in Malaysia. Journal of Financial Reporting and Accounting, 19(3), 455–473. https://doi.org/10.1108/JFRA-03-2020-0055

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610. https://doi.org/10.1177/001316447003000308

Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology, 140, 1–55.

Maulina, R., Dhewanto, W., & Faturohman, T. (2023). The integration of Islamic social and commercial finance (IISCF): Systematic literature review, bibliometric analysis, conceptual framework, and future research opportunities. Heliyon, 9(11), e21612. https://doi.org/10.1016/j.heliyon.2023.e21612

Mujahidah, A. S., & Rusydiana, A. S. (2023). Perceptions of Indonesian Muslim Youth on Factors Influencing Their Intention to Perform Cash Waqf. International Journal of Islamic Economics and Finance (IJIEF), 6(1), 53–72. https://doi.org/10.18196/ijief.v6i1.13964

Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory (2nd ed.). McGraw-Hill.

Qurrata, V. A., Rusydiana, A. S., Ascarya, A., & Yumanita, D. (2024). Waqf Sustainability or Sustainable Waqf? A Bibliometric Review. Millah: Journal of Religious Studies, 24(1), 1–32. https://doi.org/10.20885/millah.vol24.iss1.art1

Sekaran, U., & Bougie, R. (2016). Research Methods for Business: A Skill-Building Approach (7th ed.). Wiley.

Shaikh, S. A., Ismail, A. G., & Shafiai, M. H. M. (2022). Islamic social finance and economic development: The role of zakat and waqf. Journal of King Abdulaziz University: Islamic Economics, 35(2), 45–60. https://doi.org/10.4197/Islec.35-2.4

Suchman, M. C. (1995). Managing legitimacy: Strategic and institutional approaches. Academy of Management Review, 20(3), 571–610. https://doi.org/10.5465/amr.1995.9508080331

Yayasan Waqaf Malaysia. (2024, February 26). Kunjungan hormat Pelan Induk Wakaf Nasional 2025–2030 dan lawatan kerja ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. https://www.ywm.gov.my/aktiviti/785

Downloads

Published

2026-10-25

How to Cite

Ab Hamid, M. H., & Mat Rani, M. A. (2026). Kefahaman dan kepercayaan institusi sebagai penentu penyertaan wakaf keluarga dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 698–720. https://doi.org/10.55573/JISED.118747