Amalan nafkah dan taat dalam rumahtangga: Analisis dari aspek pendekatan dakwah
DOI:
https://doi.org/10.55573/JISED.118697Keywords:
Dakwah, Isteri, Nafkah, Suami, TaatAbstract
Pembinaan rumah tangga yang sejahtera bergantung kepada sejauh mana pasangan tersebut memahami dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab. Dalam konteks ini, konsep nafkah dan taat menjadi elemen penting yang saling berkaitan. Suami yang menunaikan nafkah secara sempurna akan mendorong isteri untuk taat dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syarak, manakala taat isteri pula meningkatkan kesungguhan suami dalam menunaikan nafkah zahir dan batin. Walau bagaimanapun, masih ramai pasangan yang tidak jelas tentang tanggungjawab ini sehingga menimbulkan kekeliruan dari aspek hak dan tanggungjawab masing-masing. Justeru, kajian ini dilaksanakan dengan dua objektif utama iaitu mengkaji konsep nafkah dan taat berdasarkan pandangan ulama serta menilai peranan nafkah dan taat sebagai pendekatan dakwah dalam rumahtangga. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan sebagai instrumen utama pengumpulan data berlandaskan kerangka konsep. Analisis data juga melalui kaedah analisis kandungan melalui pengkelasan tema berkaitan dengan nafkah, taat dan pendekatan dakwah. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan nafkah dan taat menghasilkan empat elemen pendekatan dakwah iaitu dakwah melalui teladan, hikmah, kasih sayang dan pembinaan spiritual. Kesan daripada elemen dakwah melalui amalan nafkah dan taat ini akan mengukuhkan institusi rumahtangga seterusnya melahirkan generasi yang beradab
Downloads
References
Abd. Aziz, M.Z. 1997. Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Ade Erawan, M. & Kamarul Azmi, J. (2022). Kesedaran Halal dalam Kehidupan Seharian. Prosiding Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan (SFST). Universiti Teknologi Malaysia. 14 Jun 2022. https://www.researchgate.net/profile/Kamarul-Azmi-Jasmi/publication/364326780_Prosiding_Seminar_Falsafah_Sains_dan_Ketamadunan_Bil_4_Jilid_2_2022/links/6364e17537878b3e87808dfb/Prosiding-Seminar-Falsafah-Sains-dan-Ketamadunan-Bil-4-Jilid-2-2022.pdf
Aida, H.N. (2012). Perlaksanaan pendekatan spiritual dakwah dalam kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda, Sungai Merab. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. http://ir.upm.edu.my/find/Record/.b15902262
Azizul Azra, A. R. & Mohd Hisyam, A. R. (2018). Falsafah Dakwah bil Hal: Menurut Perspektif al-Quran. Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah (Special Issue),1-17.
Dini Farhana, B. et al .(2018). Kefahaman Beragama dan Proses Transformasi Hubungan Pasangan dalam Perkahwinan. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues 3(2), 75-91.
Fatimah, A. (2016). Nafkah Isteri Bekerja: Antara Hukum dan Realiti. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2016. 22 & 23 November 2016. https://conference.uis.edu.my/mfifc/images/e-proceeding/2016/18-27-mfifc-2016.pdf
Ghazali, D. 1996. Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
Haszuraidah, I. & Kamarul, A. J. (2022). Penceraian Pasangan Islam di Malaysia. Conference: Seminar Falsafah Sains dan Ketamadunan (SFST), 4(2) 2022. https://www.researchgate.net/publication/366216561_Perceraian_Pasangan_Islam_di_Malaysia#fullTextFileContent
Herliani, S., Sri, R. & Eni, S. (2024). Peran Komunikasi dan Kasih Sayang dalam Mewujudkan Keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah. Journal of Innovative and Creativity 4(3), 49-55.
Kandil, M.T. 1989. Berdakwah dalam Negara yang Berbilang Kaum dan Agama. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia
Khairunnas, J. & Awni Ramadanti, C. (2024). Konsep Nafkah Batin dalam Perspektif al-Quran. Jurnal Harkat: Media Komunikasi Gender 20(1),13-33.
Laili Nur, F. S., Abdul Muhaimin, Z. & Romlah, W. (2024). Konsep Taat Dan Membangkang Dalam Relasi Suami Istri Perspektif Al-Qur’an (Studi Komparatif Tafsir Periode Pertengahan Dan Modern Kontemporer Tentang Ayat-Ayat Pernikahan). Jurnal Review Pendidikan dan Pengajaran 7(2), 5723-5731.
Mahmood, S. & Mohd Nazli, O. (2023). Metodologi Dakwah bil Hikmah Terhadap Saudara Baru di Perkim Bahagian Melaka. Jurnal ‘Ulwan 8(3), 1-7.
Muhammad Abdul Hadi, I. (2021). Irsyad Hukum Siri ke-620: Hukum Nafkah Zahir dan Batin Termasuk Keperluan Emosi dan Kesihatan Mental Bagi Isteri. https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/4991-irsyad-al-fatwa-siri-ke-620-hukum-nafkah-zahir-dan-batin-termasuk-keperluan-emosi-dan-kesihatan-mental-bagi-isteri
Muhammad, A.H.I. (2021). Irsyad Hukum Siri ke-620: Hukum Nafkah Zahir dan Batin Termasuk Keperluan Emosi Kesihatan Mental bagi Isteri. Laman sesawang Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. 27 September. https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/4991-irsyad-al-fatwa-siri-ke-620-hukum-nafkah-zahir-dan-batin-termasuk-keperluan-emosi-dan-kesihatan-mental-bagi-isteri
Nabilah, A. & Wan Zulkifli, W. H. (2010). Nafkah Isteri Bekerja: Satu Tinjauan di Daerah Pasir Mas Kelantan. Journal of Fiqh (7), 83-106. file:///C:/Users/DELL/Downloads/10228.pdf
Najlaa, I. & Tangku Intan Zarina, T. P (2016). Layanan Isteri Terhadap Suami dari Aspek Berhias sebagai Pendidikan Dalam Rumah Tangga dan Kesan Pengabaiannya. Journal of Global Business and Social Intrepreneurship (GBSE) 2(4), 42-51. http://gbse.my/isiokt16/GBSE%202(4),%2042-51%20(July%202016).pdf
Nor Dalilah, Z., Raihanah, A. & Bahiyah, A. (2023). Elemen Kebertanggungjawaban Rumah Tangga Menurut Perspektif Islam. Jurnal Fiqh 20(2). Hlm: 165-210.
Norafidah, G. (2021). Konsep Dakwah bil Hal Melalui Pendekatan Dialog Nabi Muhammad S.A.W kepada Bukan Muslim. Jurnal Persepktif. Jil 12(2), 33-39
Nur Fatin, N., Afiqah, H. & Liana A. L. (2024). Analisis Faktor Penceraian dalam Kalangan Pasangan Belia Utara Menurut Undang-undang Kekeluargaan Islam. ESTEEM Journal Of Social Sciencs and Humanities. Vol 8(1), 95-106.
Nurhanim, O. (2026). Lebih 7000 kes Keganasan Rumah Tangga Tahun Lalu. Berita Harian Online. 7 Julai 2026. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/07/1583858/lebih-7000-kes-keganasan-rumah-tangga-tahun-lalu-104-kes-isteri
Nur Fatin, N. S., Afiqah, H. & Liana, A. L. (2024). Analisis Faktor Penceraian dalam Kalangan Pasangan Belia di Seberang Perai Utara Menurut Undang-undang Kekeluargaan Islam. Journal of Social Science and Humanities (JSSH) 8(1), 95-106.
Nurul Wazeera, A. H. (2011). Pensabitan isteri nusyuz menurut undang-undang keluarga Islam : kajian di Wila kajian di Wilayah Persekutuan K ersekutuan Kuala Lumpur. Tesis. Universiti Malaya.
Parlimen. 2025. Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Perlimen ke Lima Belas. 24 Mac 2025. https://www.parlimen.gov.my/files/jindex/pdf/JLDN24032025-v1.pdf
Robiatul Adawiyah, M. A. (2006). Hak-hak Isteri dalam Perkahwinan Menurut al-Quran dan Al-Sunnah. https://oarep.usim.edu.my/entities/publication/21931a8d-0d3f-4549-aae7-733d4d989684
Roslan, M. & Siti Nor Shuhada, M. (2013). Keluarga muslim menurut Imam Hassan al-Banna. Kuala Lumpur: Hijjaz Record Publisher.










