Cabaran guru bukan opsyen pendidikan seni dalam menguasai kemahiran lakaran dan laras bahasa seni visual

Challenges by non-option visual arts education teachers in mastering visual art terminology and sketching skills

Authors

  • Rahanah Abdul Rahman Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Mohammad Pu’ad Bebit Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Norhayati Ayob Akedemi Seni dan Teknologi Kreatif, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia

Keywords:

guru bukan opsyen, Pendidikan Seni Visual, laras bahasa seni visual, kemahiran lakaran, Model SOLO

Abstract

Kekurangan guru opsyen menyebabkan ramai guru bukan opsyen ditugaskan mengajar Pendidikan Seni Visual (PSV) tanpa latihan khusus. Kajian ini meneliti penguasaan laras bahasa seni visual, kemahiran lakaran dan pengetahuan sedia ada guru bukan opsyen PSV di sekolah menengah di Sarawak. Reka bentuk kajian ialah kaedah campuran. Seramai 102 orang guru daripada 15 Pejabat Pendidikan Daerah menjawab soal selidik berskala Likert lima mata dengan nilai Alpha Cronbach 0.97. Seramai 43 orang guru pula menghasilkan lakaran bertema pemandangan yang dinilai menggunakan rubrik diadaptasi daripada Model SOLO. Dapatan menunjukkan penguasaan laras bahasa seni visual (purata min sekitar 3.14) dan pengetahuan sedia ada (purata min sekitar 3.17) berada pada tahap sederhana. Bagi kemahiran lakaran, 26 peratus guru berada pada tahap prestructural, 37 peratus unistructural, 33 peratus multistructural dan 5 peratus relational, manakala tiada guru mencapai tahap extended abstract. Sebanyak 74.5 peratus responden tidak pernah menghadiri kursus berkaitan seni visual, tetapi guru kerap merujuk guru opsyen untuk mendapatkan bantuan (min 3.71). Kajian ini mencadangkan latihan berstruktur dan berfasa, sistem bimbingan rakan yang dirasmikan serta penyediaan bahan rujukan bagi meningkatkan kompetensi guru bukan opsyen PSV.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-20

How to Cite

Abdul Rahman, R., Bebit, M. P., & Ayob, N. (2026). Cabaran guru bukan opsyen pendidikan seni dalam menguasai kemahiran lakaran dan laras bahasa seni visual: Challenges by non-option visual arts education teachers in mastering visual art terminology and sketching skills. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 426–438. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4690