Pengaruh kepimpinan instruksional penyelia prasekolah, komitmen dan motivasi pendidik terhadap kemenjadian holistik murid Tabika KEMAS

Authors

  • Nor Maizatul Akmal Mohd Zubir Fakulti Pendidikan (Faculty of Education), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia
  • Mazni Muhammad Fakulti Pendidikan (Faculty of Education), Universiti Islam Melaka (UNIMEL), 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan instruksional, komitmen pendidik, motivasi pendidik, kemenjadian holistik, TABIKA KEMAS

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan dan peramal kemenjadian holistik murid TABIKA KEMAS berdasarkan kepimpinan instruksional penyelia prasekolah, komitmen dan motivasi pendidik di Zon Utara Malaysia. Kajian kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas melibatkan 313 orang pendidik di Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Data soal selidik skala Likert lima mata dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi Pearson dan regresi linear berganda secara stepwise. Ketiga-tiga konstruk mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kemenjadian holistik murid: kepimpinan instruksional (r = .483), komitmen (r = .463) dan motivasi (r = .579), kesemuanya p < .001. Model regresi akhir signifikan, F(4, 308) = 55.964, p < .001, dan menerangkan 42.1% varians kemenjadian holistik murid (R² = .421). Empat peramal yang dikekalkan ialah motivasi ekstrinsik (β = .410), motivasi intrinsik (β = .214), insentif kepada murid (β = .128) serta misi dan matlamat sekolah (β = .128). Motivasi ekstrinsik merupakan peramal paling dominan. Dapatan menggariskan kepentingan sokongan motivasi pendidik dan amalan kepimpinan instruksional dalam pendidikan prasekolah KEMAS.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-20

How to Cite

Mohd Zubir, N. M. A., & Muhammad, M. (2026). Pengaruh kepimpinan instruksional penyelia prasekolah, komitmen dan motivasi pendidik terhadap kemenjadian holistik murid Tabika KEMAS. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 326–331. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4684