Kesedaran tujuan hidup dalam pembentukan sahsiah mahasiswa UiTM Cawangan Perak melalui pengalaman kursus Prinsip-Prinsip Asas Islam (CTU101)
Keywords:
Kesedaran Tujuan Hidup, Pembentukan Sahsiah, Pengalaman Kursus, Mahasiswa UiTM, Kursus Prinsip-Prinsip Asas Islam (CTU101)Abstract
Artikel ini membincangkan pengalaman kesedaran terhadap tujuan hidup dalam pembentukan sahsiah mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak yang mengikuti kursus Prinsip-Prinsip Asas Islam (CTU101). Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang menggunakan pendekatan fenomenologi melalui analisis diari refleksi mingguan melibatkan seramai 67 orang mahasiswa daripada empat kelas berbeza. Data dianalisis secara tematik menggunakan perisian NVivo versi 14.0 bagi mengenal pasti pola pengalaman kesedaran tujuan hidup yang dialami sepanjang kursus berlangsung. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua bentuk pengalaman utama yang membentuk kesedaran tujuan hidup mahasiswa, iaitu Islam sebagai cara hidup dan kisah penciptaan manusia. Kedua-dua pengalaman ini memperkukuh aspek identiti diri, kefahaman spiritual serta tanggungjawab moral yang menyumbang kepada pembentukan sahsiah secara lebih positif dan bermakna. Implikasi kajian menunjukkan bahawa dapatan ini dapat membantu pensyarah CTU101 memperkukuh pendekatan pengajaran reflektif dalam usaha meningkatkan keberkesanan pembelajaran pendidikan Islam serta pembinaan sahsiah mahasiswa di UiTM.










