Terapi brief fokus solusi dalam konteks pendidikan tinggi: Sorotan literatur sistematik terhadap pelaksanaan intervensi dan hasil psikologi pelajar

Authors

  • Zainab Ismail Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang, 11700 Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
  • Rahimi Che Aman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

Keywords:

Terapi Brief Fokus Solusi, pendidikan tinggi, kesejahteraan psikologi, pelajar universiti, guru pelatih

Abstract

Terapi Brief Fokus Solusi (TBFS/SFBT) semakin digunakan dalam konteks pendidikan tinggi, namun bukti berkaitan pelaksanaan intervensi dan hasil psikologi pelajar masih tersebar dalam kajian yang menggunakan pelbagai reka bentuk dan pendekatan metodologi. Sorotan literatur sistematik ini mensintesis ciri kajian, bentuk intervensi dan hasil psikologi SFBT dalam kalangan pelajar pendidikan tinggi. Carian Scopus, Web of Science Core Collection dan OpenAlex bagi tahun 2016–2026 mengenal pasti 110 rekod. Selepas 38 rekod pendua dikeluarkan, sebanyak 72 rekod diteruskan ke peringkat saringan, manakala 45 laporan dinilai pada peringkat teks penuh. Daripada jumlah tersebut, 40 laporan yang mewakili 36 kajian yang berbeza dimasukkan dalam sintesis akhir. Sebanyak 26 kajian menggunakan SFBT/SFBC sebagai intervensi utama, manakala 10 kajian menggabungkan komponen fokus solusi dengan pendekatan lain. Bagi 17 kajian yang melaporkan bilangan sesi dengan jelas, median bilangan sesi ialah enam, dengan julat antara dua hingga 24 sesi. Hasil yang paling kerap dinilai melibatkan distres dan afek negatif, diikuti oleh kesejahteraan, resiliens dan fungsi positif. Walau bagaimanapun, hanya tujuh kajian melaporkan penilaian susulan, manakala hanya satu kajian secara khusus melibatkan guru pelatih. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa SFBT mempunyai potensi untuk digunakan dalam konteks pendidikan tinggi. Namun, pelaporan berkaitan teknik intervensi dan kaedah pemantauan pelaksanaan masih tidak konsisten, manakala bukti empirikal yang secara khusus melibatkan guru pelatih masih terhad.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-20

How to Cite

Ismail, Z., & Che Aman, R. (2026). Terapi brief fokus solusi dalam konteks pendidikan tinggi: Sorotan literatur sistematik terhadap pelaksanaan intervensi dan hasil psikologi pelajar. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 228–257. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4680