Hubungan antara iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta

Authors

  • Aminuddin Alias Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu Malaysia
  • Jasmi Abu Talib Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu Malaysia
  • Nurul Atiqah Ab Raji Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu Malaysia
  • Raba`Aton Adawiah @ Robiah Mohd Yusof Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu Malaysia
  • Nurul Hidayah Ab Raji Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia

Keywords:

Iklim Organisasi, Beban Kerja, Daya Tahan, Prestasi Kerja, pekerja Sektor Swasta

Abstract

Prestasi kerja merupakan elemen penting dalam menentukan keberkesanan organisasi dan daya saing sektor swasta. Persekitaran pekerjaan yang semakin kompleks menjadikan iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan antara aspek yang wajar diberikan perhatian dalam memahami prestasi kerja pekerja. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap iklim organisasi, beban kerja, daya tahan dan prestasi kerja serta mengkaji hubungan antara iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta di Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan keratan rentas. Seramai 384 orang pekerja sektor swasta terlibat dalam kajian ini melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data dikumpulkan menggunakan Instrumen Iklim Organisasi, Instrumen Beban Kerja, Brief Resilience Scale versi Bahasa Melayu (BRS-M) dan Instrumen Prestasi Kerja. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 27.0 melalui statistik deskriptif dan analisis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan berada pada tahap sederhana, manakala prestasi kerja berada pada tahap sangat tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara iklim organisasi dan daya tahan dengan prestasi kerja, manakala beban kerja mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan prestasi kerja. Dapatan ini menunjukkan bahawa iklim organisasi yang lebih positif dan daya tahan yang lebih tinggi mempunyai perkaitan dengan prestasi kerja yang lebih tinggi, manakala peningkatan beban kerja mempunyai perkaitan dengan prestasi kerja yang lebih rendah. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak pengurusan organisasi, pengamal sumber manusia dan kaunselor organisasi dalam memahami kepentingan iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan yang berkaitan dengan prestasi kerja pekerja sektor swasta.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-20

How to Cite

Alias, A., Abu Talib, J., Ab Raji, N. A., Mohd Yusof, R. A. @ R., & Ab Raji, N. H. (2026). Hubungan antara iklim organisasi, beban kerja dan daya tahan dengan prestasi kerja dalam kalangan pekerja sektor swasta. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 80–93. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4669