Analisis dan cadangan kerangka pelaksanaan hakam islah dalam penyelesaian syiqaq perkahwinan di Negeri Sembilan
Keywords:
Hakam Islah, Syiqaq, Hakam Keluarga, Tahkim, Mahkamah Syariah, Negeri SembilanAbstract
Institusi Hakam Islah berasaskan Surah al-Nisa' ayat 35 dan diterjemahkan melalui undang-undang keluarga Islam negeri. Namun, pelantikan ahli keluarga menimbulkan persoalan tentang kelayakan dan batas kuasa dalam realiti semasa. Artikel ini menganalisis asas Syariah Hakam keluarga, khilaf fuqaha tentang status hakim atau wakil, dan kerangka pelaksanaan bagi Negeri Sembilan. Kajian kualitatif sosio-perundangan menggabungkan analisis al-Quran, hadis, tafsir, fiqh dan undang-undang dengan temu bual, pemerhatian proses serta validasi kumpulan berfokus. Dapatan menunjukkan bahawa min ahlihi wa min ahliha memberi keutamaan kepada keluarga, tetapi tertakluk pada amanah, keadilan, pengetahuan, komunikasi, kerahsiaan dan keselamatan. Model dua aras dicadangkan: Aras 1 menempatkan Hakam keluarga untuk mengusahakan islah tanpa kuasa bebas menceraikan, manakala Aras 2 berupa Panel Hakam bertauliah yang diadaptasi secara fungsional daripada amalan Mahkamah Syariah Singapura dan menjalankan autoriti yang diberikan undang-undang serta perintah Mahkamah. Bagi Aras 2, kos Hakam dicadangkan ditanggung oleh pasangan sendiri pada kadar standard yang ditetapkan Mahkamah, tertakluk kepada mekanisme pengecualian atau pengurangan bagi pihak yang tidak berkemampuan. Calon keluarga disaring secara ringan, diberi satu ujian ulangan dan diekskalasi apabila tidak sesuai atau berisiko. Kerangka ini mengekalkan kehendak nas tanpa menjadikan keluarga formaliti yang melambatkan penyelesaian.










