Interpretasi emosi marah dan sedih dalam cerita jenaka Melayu terpilih

Authors

  • Nur Mimi Izzaty Abdul Razak Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Malaysia
  • Roslina Abu Bakar Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM, Serdang, Malaysia

Keywords:

Cerita Jenaka Melayu, Interpretasi, Emosi, Teori Rasa Fenomenologi

Abstract

Kajian ini bertitik tolak daripada permasalahan tentang perlunya sebuah kajian ilmiah yang meneliti tentang interpretasi emosi dalam cerita-cerita jenaka Melayu dengan menerapkan satu kerangka emosi yang dipelopori oleh sarjana sastera tempatan. Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu bentuk sastera rakyat yang sering memaparkan watak-watak yang bermotifkan kebodohan, kepintaran, sifat lurus bendul dan menghiburkan hati. Kajian terdahulu mengenai cerita jenaka Melayu dengan jelas membincangkan pertikaian mengenai watak-watak yang negatif. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menyanggah kenyataan di atas dengan menyatakan bahawa cerita jenaka Melayu juga mempunyai watak-watak yang positif untuk ditekuni dan dicontohi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa cerita jenaka Melayu bukan hanya berkisarkan mengenai watak-watak yang positif dan negatif sahaja. Tetapi wujud interpretasi emosi yang hadir seiring dengan watak-watak yang dicipta dalam naskah tersebut. Kajian ini mempunyai dua objektif kajian iaitu mengenal pasti unsur emosi marah dan sedih dalam cerita-cerita jenaka Melayu terpilih. Kedua, menganalisis unsur emosi marah dan sedih dan hubungannya dengan ekspresi sastera dalam cerita-cerita jenaka Melayu terpilih. Bahan kajian yang digunakan ialah teks Cerita Jenaka Melayu yang dikarang oleh Raja Haji Yahya terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd pada tahun 1973. Dapatan kajian menemukan dua emosi dominan yang mempelopori cerita jenaka tersebut iaitu emosi marah dan sedih dalam empat daripada lima cerita jenaka tersebut.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-20

How to Cite

Abdul Razak, N. M. I., & Abu Bakar, R. (2026). Interpretasi emosi marah dan sedih dalam cerita jenaka Melayu terpilih. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(87), 1–11. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4658