Impak webinar dalam penguasaan fiʿil māḍī dan muḍāriʿ: Satu analisis pra dan pasca berasaskan persepsi pelajar UiTM Perlis
Keywords:
fiʿil māḍī, fiʿil muḍāriʿ, Introductory Arabic III, pembelajaran digital, tabahasa Arab, webinarAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai impak pelaksanaan webinar dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap konsep dan pembinaan ayat menggunakan fiʿil māḍī dan fiʿil muḍāriʿ dalam kursus Introductory Arabic III (TAC501). Seramai 93 orang pelajar daripada pelbagai bidang pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis telah menjadi responden kajian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan soal selidik diedarkan secara dalam talian kepada semua peserta webinar yang mengikuti sesi pembelajaran tersebut. Reka bentuk pra-ujian dan pasca-ujian satu kumpulan telah digunakan bagi menganalisis perubahan penguasaan fiʿil māḍī dan fiʿil muḍāriʿ peserta sebelum dan selepas mengikuti webinar ini. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kefahaman dan aplikasi fiʿil māḍī dan fiʿil muḍāriʿ dalam kalangan pelajar selepas mengikuti webinar. Kajian ini membuktikan bahawa strategi pengajaran berasaskan webinar yang interaktif dapat menyokong impak pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab secara dalam talian, terutamanya dalam penguasaan aspek tatabahasa. Implikasinya, pendekatan digital seperti ini wajar diperluas sebagai sebahagian daripada inovasi pedagogi dalam pengajaran bahasa Arab di institusi pengajian tinggi.










