Manifestasi pemikiran sosial dalam puisi-puisi terpilih Pyan Habib: Analisis melalui teori estetik bersepadu

Authors

  • Ayu Ierantasya Kamaruddin Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia
  • Izra Inna Md Idris Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia
  • Siti Normala Hamzah Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia,

Keywords:

Pyan Habib, pemikiran sosial, Teori Estetika Bersepadu, puisi, kontemporari, kritikan sosial

Abstract

Manifestasi pemikiran merujuk kepada aspek atau ranah konseptual yang membentuk struktur pemikiran seorang pengarang termasuk nilai, ideologi, sikap, pandangan dunia dan pendekatan terhadap realiti sosial yang dizahirkan melalui karya. Manifestasi pemikiran juga merujuk kepada aspek, lapisan atau sudut tertentu dalam cara seseorang individu membentuk, menstruktur dan menzahirkan idea, pandangan serta tafsiran terhadap sesuatu realiti. Makalah ini menerapkan teori Estetika Bersepadu oleh A. Halim Ali (2010) yang menggariskan bahawa gaya bahasa ‘stail’ yang digunakan dalam karya sastera harus seiring dengan pemikiran yang ingin disampaikan. Penulisan ini bertujuan menganalisis pemikiran Pyan Habib dalam menyentuh isu sosial menerusi tiga puisi terpilih, iaitu ‘Helo Malaysia, Apa Khabar?’, ‘Apa Dia Orang Janji Mereka Kena Bikin’ dan ‘Pemakan Bangkai’ melalui Teori Estetika Bersepadu. Penulisan ini dijalankan berasaskan masalah kajian yang melihat kepada kurangnya penerapan teori ini terhadap karya Pyan Habib, walaupun puisinya kaya dengan simbolisme sosial dan nilai kritikan. Objektif utama adalah untuk mengenal pasti mesej sosial yang disampaikan dan menganalisis mesej tersebut melalui kesepaduan gaya bahasa, pemikiran, dan perutusan. Pendekatan metodologi kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan analisis tekstual, dan menekankan aspek keindahan dalaman (pemikiran) serta keindahan luaran (gaya bahasa) yang terjalin dalam puisi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga puisi mengandungi mesej sosial yang bersifat kritikal terhadap isu-isu semasa, seperti ketidaktelusan politik, pengkhianatan janji dan ketidakadilan sosial. Kesepaduan unsur estetik dan nilai moral dalam puisi memperlihatkan kepentingan sastera sebagai medium refleksi masyarakat. Penyelidikan seterusnya boleh dilakukan terhadap puisi kontemporari yang menerapkan teori sastera tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-09

How to Cite

Kamaruddin, A. I., Md Idris, I. I., & Hamzah, S. N. (2026). Manifestasi pemikiran sosial dalam puisi-puisi terpilih Pyan Habib: Analisis melalui teori estetik bersepadu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1474–1496. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4638