Representasi teori hero's journey dalam novel Bagaikan Puteri (2005) karya Ramlee Awang Murshid

Authors

  • Nur Effa Husna Mohd Mahmud Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia
  • Siti Normala Hamzah Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia,
  • Izra Inna Md Idris Program Penulisan Kreatif, Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia

Keywords:

Bagaikan Puteri, Ramlee Awang Murshid, Hero’s Journey, Joseph Campbell, keperwiraan Melayu

Abstract

Novel Bagaikan Puteri (2005) karya Ramlee Awang Murshid menampilkan naratif keperwiraan Melayu yang menggabungkan unsur mitos, sejarah dan spiritualiti melalui pembentukan watak Saifudin sebagai wira utama. Walaupun konsep wira sering dibincangkan dalam pelbagai medium popular, kajian terhadap pembentukan wira Melayu dalam novel dari perspektif struktur naratif masih terbatas. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti unsur-unsur keperwiraan serta menganalisis perjalanan watak Saifudin berdasarkan tiga peringkat utama dalam Teori Hero’s Journey oleh Joseph Campbell (1949), iaitu Pemisahan (Departure), Inisiasi (Initiation) dan Kepulangan (Return). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis teks terhadap novel Bagaikan Puteri sebagai sumber data utama, manakala sorotan literatur digunakan bagi memperkukuh interpretasi terhadap struktur naratif keperwiraan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perjalanan Saifudin memenuhi struktur keperwiraan Campbell melalui proses pemisahan daripada kehidupan biasa, siri ujian yang membentuk kematangan diri, serta kepulangan sebagai individu yang mengalami transformasi moral, spiritual dan sosial. Kajian ini turut membuktikan bahawa kerangka Hero’s Journey mampu diaplikasikan secara sistematik dalam menganalisis naratif keperwiraan Melayu, sekali gus memperlihatkan keserasian antara struktur naratif universal dengan nilai budaya Melayu-Islam yang mendasari pembentukan watak Saifudin. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan wacana keperwiraan dalam kesusasteraan Melayu serta menyediakan asas rujukan bagi penyelidikan lanjutan berkaitan identiti, perkembangan watak dan struktur naratif dalam karya sastera tempatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-10-09

How to Cite

Mohd Mahmud, N. E. H., Hamzah, S. N., & Md Idris, I. I. (2026). Representasi teori hero’s journey dalam novel Bagaikan Puteri (2005) karya Ramlee Awang Murshid. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1452–1473. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4637