Hubungan antara teknostress dan burnout pekerja dalam perubahan era transformasi digital
Keywords:
teknostress, burnout, perubahan digitalAbstract
Kajian ini dijalankan bagi memahami kesan teknostress terhadap pekerja terutamanya dalam era transformasi digital yang kian berubah. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui edaran soal selidik kepada 102 orang melibatkan pelbagai sektor industri. Lima dimensi teknostress iaitu techno-overload, techno-invasion, techno-complexity, techno-insecurity, dan techno-uncertainty dinilai bagi mengenal pasti kesannya terhadap tiga komponen burnout iaitu keletihan emosi, depersonalisasi, dan penurunan pencapaian peribadi. Dapatan kajian ini menyokong kerangka teori sedia ada serta kajian lepas yang menekankan kesan negatif tekanan teknologi terhadap kesejahteraan pekerja. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu organisasi merangka strategi pengurusan teknologi dan sokongan psikologi yang lebih berkesan bagi mengurangkan teknostress dan mencegah burnout dalam kalangan pekerja.










