Model unjuran potensi kutipan zakat hasil kelapa sawit dan impaknya terhadap kapasiti agihan asnaf: Analisis prospektif bagi cadangan pelaksanaan baharu Majlis Agama Islam Negeri Johor

Authors

  • Mohd Rilizam Rosli Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
  • Mohd Ali Muhamad Don Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
  • Mohd Shukri Mohd Senin Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
  • Mohd Hefiros Efizi Husain Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang

Keywords:

agihan asnaf, al-mal al-mustafad, harga emas semasa, MAINJ, model unjuran, peneroka FELDA, zakat komoditi, zakat pendapatan

Abstract

Industri kelapa sawit merupakan tiang seri ekonomi agrikultur Malaysia, dengan peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menjadi antara kumpulan terbesar yang terlibat secara langsung dalam pengeluaran buah tandan segar (BTS). Setiap peneroka diperuntukkan plot tanah berkeluasan standard 10 ekar, menjadikan pendapatan mereka sebagai sumber yang boleh diunjurkan dan diukur dengan lebih sistematik.Namun begitu, majoriti kajian terdahulu berkaitan zakat komiditi hanya tertumpu kearah analisis hukum fiqh dan perbincangan tentang masalah pematuhan hukum zakat tersebut. Kajian empirikal yang memperincikan unjuran potensi perlaksanaan kutipan zakat hasil perolehan kelapa sawit serta impak lansung daripa kutipan tersebut terhadap para asnaf masih belum diterokai. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan membina model unjuran prospektif bagi menilai potensi kutipan zakat hasil kelapa sawit peneroka FELDA sekiranya kerangka zakat pendapatan (al-mal al-mustafad) pada kadar 2.5% daripada pendapatan bersih diterima pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), serta menganalisis impaknya terhadap kapasiti agihan asnaf. Metodologi kajian menggunakan pendekatan analisis simulasi berasaskan senario dengan data sekunder yang berpandukan statistik pendapatan peneroka FELDA yang dilaporkan oleh pelbagai pihak berkuasa termasuk Kementerian Ekonomi Malaysia, data harga CPO 2024 dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dan harga emas semasa (Jun 2026: RM563.53/gram) bagi penetapan nilai nisab (RM47,900). Tiga senario unjuran dibina berasaskan kadar pematuhan pesimistik (30%), realistik (50%) dan optimistik (70%). Dapatan mendedahkan bahawa peneroka produktif dengan pendapatan bersih melebihi nisab berpotensi membayar zakat pendapatan sebanyak RM1,293 setahun, kadar yang jauh lebih munasabah berbanding zakat pertanian klasik (RM3,225-RM6,450). Model unjuran menunjukkan potensi kutipan antara RM1.36 juta hingga RM3.17 juta setahun, bergantung kepada kadar pematuhan. Kajian ini menyumbang kepada literatur pengurusan zakat dan kewangan Islam dengan memperkenalkan model unjuran prospektif berasaskan data sebenar industri sebagai instrumen perancangan dasar yang boleh digunakan oleh MAINJ dan institusi zakat negeri lain sebelum sebarang kerangka baharu diputuskan secara rasmi.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-30

How to Cite

Rosli, M. R., Muhamad Don, M. A., Mohd Senin, M. S., & Husain, M. H. E. (2026). Model unjuran potensi kutipan zakat hasil kelapa sawit dan impaknya terhadap kapasiti agihan asnaf: Analisis prospektif bagi cadangan pelaksanaan baharu Majlis Agama Islam Negeri Johor. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1341–1353. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4625