Pengukuhan psikospiritual ke arah pembinaan kesejahteraan insan menurut perspektif Imam al-Ghazali

Authors

  • Farah Mohd Ferdaus Center for Islamic General and Language Studies (CIGLS), UPTM Cheras, Malaysia,
  • Norazmi Anas Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA UiTM, Cawangan Perak, Kampus Tapah, Perak, Malaysia
  • Mohd Manawi Mohd Akib Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM Bangi, Malaysia,
  • Khadijah Maisarah Mohd Nadzri Center for Islamic General and Language Studies (CIGLS), UPTM Cheras, Malaysia,

Keywords:

Pengukuhan psikospiritual, kesejahteraan insan & al-Ghazali

Abstract

Peningkatan isu kesihatan mental, kekosongan makna hidup dan krisis nilai dalam masyarakat kontemporari mendedahkan batasan model kesejahteraan sedia ada yang cenderung bersifat sekular. Walaupun wujud pelbagai pendekatan psikologi moden, dimensi psikospiritual masih kurang diintegrasikan secara sistematik, khususnya dalam konteks pembangunan insan. Justeru, makalah konseptual ini bertujuan menghuraikan konsep  pengukuhan psikospiritual berasaskan pemikiran Al-Ghazālī sebagai asas alternatif yang lebih holistik.  Berasaskan analisis konseptual terhadap karya-karya utama Al-Ghazālī, kerangka teoritikal yang dibangunkan menumpukan kepada model komprehensif dalam diri yang melibatkan interaksi antara al-nafs, al-qalb, al-aql dan al-ruh sebagai struktur utama pembinaan insan yang seimbang. Pendekatan ini menegaskan bahawa kesejahteraan sejati bukan sekadar keseimbangan psikologi, tetapi melibatkan proses tazkiyah al-nafs, regulasi kendiri serta bimbingan daripada murabbi melalui proses al-Irsyad al-Nafsi serta penghayatan nilai kerohanian secara bersepadu.  Makalah ini berhujah bahawa pengukuhan psikospiritual menurut Al-Ghazālī berpotensi menjadi asas epistemologi dan praktikal bagi membina kesejahteraan insan yang lestari. Sumbangan konseptual utama kajian ini ialah penghasilan model integratif psikospiritual yang menghubungkan dimensi dalaman diri, moral dan kerohanian secara sistematik. Secara signifikan, kerangka ini bukan sahaja memperkaya wacana psikologi Islam kontemporari, malah menawarkan implikasi praktikal kepada pembangunan dasar, pendidikan, dan intervensi kesejahteraan berteraskan nilai dalam masyarakat majmuk.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Mohd Ferdaus, F., Anas, N., Mohd Akib, M. M., & Mohd Nadzri, K. M. (2026). Pengukuhan psikospiritual ke arah pembinaan kesejahteraan insan menurut perspektif Imam al-Ghazali. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1234–1246. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4613