Faktor-faktor peningkatan harta pusaka tidak dituntut dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: Perspektif syariah, pentadbiran dan sosial

Authors

  • Muhammad Danish Mohd Nizam Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 43600, Selangor, Malaysia; Tetuan Hawari Hanafi & Co, Bandar Puncak Alam 42300, Selangor, Malaysia
  • Salmy Edawati Yaacob Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi 43600, Selangor, Malaysia
  • Muhammad Hawari Hanafi Tetuan Hawari Hanafi & Co, Bandar Puncak Alam 42300, Selangor, Malaysia

Keywords:

Min Harta Pusaka Tidak Dituntut, Pengurusan Harta Pusaka Islam, Maqasid Syariah, Faraid

Abstract

Harta pusaka tidak dituntut merupakan isu berpanjangan dalam masyarakat Islam di Malaysia yang memberi implikasi terhadap kestabilan ekonomi keluarga, keharmonian waris dan pemanfaatan aset. Walaupun Islam menyediakan kerangka pengurusan pusaka melalui faraid, wasiat, hibah dan prinsip maqasid syariah, pelaksanaannya masih berhadapan dengan cabaran yang tidak dapat dijelaskan melalui satu faktor tunggal. Artikel ini menggunakan pendekatan analisis literatur tematik bagi mengenal pasti, menyusun dan mensintesis faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan harta pusaka tidak dituntut dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia melalui tiga perspektif utama, iaitu syariah, pentadbiran dan sosial. Sumber kajian merangkumi artikel jurnal, buku akademik, prosiding, sumber rasmi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) dan dokumen berkaitan pentadbiran pusaka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari perspektif syariah, isu ini berkait dengan kurang kefahaman faraid, kelewatan memenuhi hak waris, kelemahan perancangan harta semasa hidup serta implikasi terhadap Hifz al-Mal dan Hifz al-Nasl. Dari perspektif pentadbiran, faktor utama melibatkan dokumen tidak lengkap, kekeliruan institusi, kategori aset yang pelbagai, perubahan bidang kuasa dan ketidakseragaman istilah serta statistik. Dari perspektif sosial, isu ini berkait dengan sikap bertangguh, pertikaian waris, kematian berlapis, persepsi budaya, kurang kerjasama dan kesan sosioekonomi terhadap keluarga. Artikel ini menegaskan bahawa angka nilai harta beku perlu digunakan secara berhati-hati kerana kategori aset dan sumber data tidak sentiasa seragam. Sumbangan utama artikel ini ialah penyusunan semula literatur kepada tiga kerangka analisis yang lebih jelas dan seimbang, di samping menolak naratif yang menyalahkan masyarakat Islam secara umum tanpa menilai faktor struktur dan pentadbiran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Mohd Nizam, M. D., Yaacob, S. E., & Hanafi, M. H. (2026). Faktor-faktor peningkatan harta pusaka tidak dituntut dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia: Perspektif syariah, pentadbiran dan sosial. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1108–1123. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4612