Klasifikasi bantuan zakat perubatan: Penentuan kriteria dan keutamaan berasaskan maqasid asnaf

Authors

  • Nur Mardia Mazri Faculty of Shariah and Law, Islamic Science University Malaysia, 78000 Nilai Negeri Sembilan, Malaysia
  • Amir Nur Rashid Amir Nur Rashid Academy of Islamic Defence Studies, National Defence University of Malaysia, Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Keywords:

Zakat Perubatan, Maqasid Asnaf, Fakir Miskin, Gharimin, Riqab

Abstract

Pengagihan bantuan zakat perubatan merupakan instrumen kritikal dalam sistem jaminan sosial Islam kontemporari, yang secara tradisinya disalurkan melalui kategori asnaf fakir miskin, gharimin, dan riqab. Walau bagaimanapun, amalan sedia ada didapati masih mendepani cabaran ketidaktentuan operasional ekoran ketiadaan perincian tuntas mengenai klasifikasi, skop, dan keutamaan bantuan zakat perubatan berdasarkan objektif khusus setiap asnaf. Ketiadaan parameter sistematik ini bukan sahaja mencetuskan ketidakseragaman dalam kriteria kelayakan, malah dikhuatiri menyebabkan agihan bantuan tidak selari dengan objektif asnaf sehingga menjejaskan pencapaian maqasid zakat secara holistik. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis dimensi pengagihan bantuan zakat perubatan melalui lensa kerangka maqasid asnaf. Dengan menggunakan metodologi kualitatif, kajian ini melakukan analisis kandungan terhadap rujukan fiqh klasik dan kontemporari serta turut merujuk dokumen autoriti zakat termasuk enakmen pentadbiran agama Islam negeri dan fatwa-fatwa zakat negeri. Data dianalisis secara deskriptif dan induktif bagi membina parameter klasifikasi bantuan yang sistematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bantuan perubatan bagi fakir miskin seharusnya berteraskan keperluan asasi dalam segmen perubatan (kelangsungan hidup); bagi gharimin, fokus diberikan kepada mitigasi beban hutang perubatan (penyelesaian kewangan); manakala bagi riqab, ia melibatkan intervensi kesihatan demi pembebasan daripada belenggu sosial. Kajian ini merumuskan satu parameter klasifikasi bantuan zakat perubatan berasaskan maqasid asnaf sebagai panduan strategik untuk memperkemas proses agihan. Pendekatan ini dijangka dapat meningkatkan ketepatan, keadilan, dan keberkesanan pengurusan zakat perubatan oleh pusat-pusat zakat dalam mendepani realiti sosioekonomi semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Mazri, N. M., & Amir Nur Rashid, A. N. R. (2026). Klasifikasi bantuan zakat perubatan: Penentuan kriteria dan keutamaan berasaskan maqasid asnaf. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1073–1090. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4610