Diyānatan wa qaḍā’an dalam institusi fatwa kontemporari: Kajian perbandingan antara Indonesia dan Malaysia ke arah tadbir urus hukum Islam yang lestari

Authors

  • Deris Arista Saputra Faculty of Islamic Studies and Social Sciences, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
  • Zul-kifli Hussin Faculty of Islamic Studies and Social Sciences, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Keywords:

diyānatan wa qaḍā’an, doktrin Islam, Indonesia dan Malaysia, institusi fatwa, tadbir urus Islam

Abstract

Fatwa menempati kedudukan penting dalam tradisi hukum Islam kerana ia menghubungkan doktrin, realiti sosial, dan keperluan umat. Dalam masyarakat moden, fatwa tidak lagi dapat difahami semata-mata sebagai jawapan hukum normatif. Ia turut beroperasi dalam ruang institusi, undang-undang, negara, kepentingan awam, dan perubahan sosial. Artikel ini menganalisis hubungan antara doktrin Islam dan institusi fatwa kontemporari melalui kerangka diyānatan wa qaḍā’an dengan membandingkan pengalaman Indonesia dan Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif normatif-konseptual dengan reka bentuk perbandingan. Data diperoleh melalui kajian kepustakaan, dokumen perundangan, dokumen institusi fatwa, dan isu terpilih, iaitu pembubaran perkahwinan kerana murtad, perubatan dan kesihatan awam, pewarisan berlainan agama, serta rokok dan rokok elektronik. Dapatan menunjukkan bahawa perbezaan fatwa di Indonesia dan Malaysia bukan hanya terletak pada kandungan hukum, tetapi juga pada struktur institusi dan daya ikatnya. Di Indonesia, fatwa lebih menonjol sebagai autoriti moral-keagamaan dan sosial. Di Malaysia, fatwa tertentu dapat memperoleh kuasa hukum selepas pewartaan. Artikel ini berhujah bahawa kerangka diyānatan wa qaḍā’an membantu menjelaskan batas antara tanggungjawab keagamaan Muslim dengan pengesahan hukum formal oleh institusi berwenang. Melalui kerangka ini, fatwa dapat difahami sebagai instrumen tadbir urus hukum Islam yang setia kepada syariat dan responsif terhadap realiti kontemporari.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Saputra, D. A., & Hussin, Z.- kifli. (2026). Diyānatan wa qaḍā’an dalam institusi fatwa kontemporari: Kajian perbandingan antara Indonesia dan Malaysia ke arah tadbir urus hukum Islam yang lestari. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1044–1058. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4608