Analisa keberkesanan latihan amali kemahiran TVET dalam kalangan asnaf: Kajian terhadap program manicure dan pedicure asnaf UiTM Cawangan Perlis

Authors

  • Syaimak Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perlis Branch, Arau, Malaysia,
  • Muhammad Saiful Islam Ismail Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Kedah Branch, Sg Petani, Malaysia
  • Marina Abu Bakar Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), UiTM Perlis Branch, Arau, Malaysia
  • Azlan Abdul Aziz Faculty of Computer and Mathematic Scinces (FSKM)

Keywords:

Kemahiran, TVET, manicure, pedicure, UiTM cawangan Perlis

Abstract

Latihan kemahiran berasaskan amali semakin diberi perhatian dalam konteks pendidikan tinggi kerana potensinya dalam meningkatkan kebolehkerjaan dan pembangunan kemahiran insaniah pelajar. Program manicure dan pedicure merupakan salah satu bentuk latihan kemahiran praktikal yang bukan sahaja menekankan aspek teknikal, malah turut menyumbang kepada pembentukan keyakinan diri dan minat keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengalaman pembelajaran pelajar asnaf sepanjang mengikuti program manicure dan pedicure, menganalisis impak latihan berasaskan hands-on terhadap peningkatan kemahiran teknikal dan keyakinan diri peserta dan meneliti peranan fasilitator dan sokongan sosial dalam proses pembelajaran peserta. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis tematik. Data dikumpul melalui borang soal selidik terbuka yang melibatkan peserta program dari pelbagai fakulti. Data dianalisis menggunakan kaedah pengekodan dan pembentukan tema bagi mengenal pasti pola utama dalam pengalaman dan persepsi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan amali (hands-on) merupakan faktor paling dominan dalam membantu pelajar memahami teknik manicure dan pedicure dengan lebih berkesan. Selain itu, interaksi positif dengan fasilitator dan rakan peserta turut menyokong proses pembelajaran. Kajian juga mendapati peningkatan ketara dalam kemahiran teknikal seperti penggunaan alat, pengurusan kutikel dan teknik urutan, di samping peningkatan keyakinan diri pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam situasi sebenar. Secara keseluruhannya, program ini memberi impak positif terhadap pembangunan kemahiran, keyakinan diri dan potensi kebolehkerjaan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-21

How to Cite

Ismail, S., Ismail, M. S. I., Abu Bakar, M., & Abdul Aziz, A. (2026). Analisa keberkesanan latihan amali kemahiran TVET dalam kalangan asnaf: Kajian terhadap program manicure dan pedicure asnaf UiTM Cawangan Perlis. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 1031–1043. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4607