Kefahaman terhadap Islam sebagai asas pembentukan masyarakat madani di Sabah: Sorotan literatur sistematik

Authors

  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim 35900, Perak, Malaysia
  • Dg. Hafizah Ag. Basir Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu 88400, Sabah, Malaysia

Keywords:

Kefahaman Islam, masyarakat Madani, pendidikan Islam, keharmonian sosial, Sabah

Abstract

Kajian ini meneliti kefahaman terhadap Islam sebagai asas pembentukan masyarakat Madani dalam konteks kepelbagaian sosiobudaya Sabah. Kajian bertujuan mengenal pasti karakteristik dan trend literatur, menganalisis dimensi kefahaman Islam, meneliti sumbangannya terhadap pembentukan masyarakat Madani serta mengenal pasti cabaran dan strategi pengukuhannya. Sorotan Literatur Sistematik dilaksanakan berpandukan PRISMA 2020 melalui pencarian dalam Scopus, ERA, Google Scholar, MyJurnal dan MyCite bagi penerbitan antara tahun 2020 hingga 2025. Daripada 40 rekod yang dikenal pasti, 13 artikel memenuhi kriteria pemilihan dan dimasukkan dalam sintesis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa kefahaman Islam bersifat multidimensi, merangkumi aspek kognitif, afektif, amali, sosial dan kewarganegaraan. Pengetahuan agama sahaja tidak mencukupi tanpa penghayatan nilai dan penerapannya dalam kehidupan. Akidah, syariah, ibadah dan akhlak menyumbang kepada pembentukan amanah, keadilan, disiplin, ihsan serta tanggungjawab sosial. Namun, pengukuhannya berhadapan cabaran geografi, bahasa, jurang digital, kekurangan tenaga pengajar dan ketidakselarasan institusi. Oleh itu, kajian mencadangkan pendidikan kontekstual, bimbingan berterusan, latihan kompetensi budaya dan kerjasama bersepadu antara keluarga, institusi pendidikan, agensi agama, NGO serta kerajaan.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-25

How to Cite

Ramlie, H. @ A., Mohd Nor, N. M., & Ag. Basir, D. H. (2026). Kefahaman terhadap Islam sebagai asas pembentukan masyarakat madani di Sabah: Sorotan literatur sistematik. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 812–830. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4589