Penggunaan platform digital dalam pembelajaran Taekwon-Do di institusi pengajian tinggi

Authors

  • Abdul Rahman Huraisen Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis
  • Ahmad Fahmi Mahamood Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis
  • Mohd Sofian Mohammad Rosbi Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis

Keywords:

UTAUT, Difusi inovasi Rogers, Platform digital Taekwon-Do, Penyederhanaan Motivasi

Abstract

Kajian ini meneliti bagaimana pelajar menggunakan teknologi platform digital terkini dalam pembelajaran Taekwon-Do. Berlandaskan Teori Bersepadu Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (UTAUT) serta Teori Difusi Inovasi Rogers, kajian ini menilai keberkesanan penggabungan kedua-dua teori tersebut, serta pengaruh penyederhanaan motivasi terhadap penggunaan platform digital dalam pembelajaran Taekwon-Do. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif melalui kaedah tinjauan soal selidik. Seramai 400 orang pelajar institusi pengajian tinggi di Zon Utara Malaysia telah dipilih sebagai responden. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara ciri-ciri inovasi dengan kepuasan pelajar terhadap penerimaan teknologi. Selain itu, kajian ini berjaya menghasilkan satu model yang menggabungkan kedua-dua kerangka teori tersebut serta menekankan peranan motivasi sebagai pemboleh ubah penyederhanaan dalam memahami penggunaan platform digital inovatif oleh pelajar bagi tujuan pembelajaran Taekwon-Do.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-24

How to Cite

Huraisen, A. R., Mahamood, A. F., & Mohammad Rosbi, M. . S. (2026). Penggunaan platform digital dalam pembelajaran Taekwon-Do di institusi pengajian tinggi. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 788–804. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4585