Kemunculan burhan al-tamanu' dalam tradisi ilmu Islam: Analisis berdasarkan penulisan para ulama

Authors

Keywords:

Ahli Sunnah Wal Jamaah, Burhan al-Tamanu', Keesaan Allah, Muʿtazilah, Ulama Kalam

Abstract

Dalam tradisi Ahli Sunnah Wal Jamaah, penggunaan akal dan nas memainkan peranan penting dalam memahami Keesaan Allah. Manakala pendekatan Muktazilah pula, sering dikaitkan sebagai pelopor rasional dalam penolakan dualisme ketuhanan. Kecenderungan sebahagian pengkaji moden dalam mengaitkan Burhan al-Tamanu‘ secara langsung dengan Muktazilah tanpa penelitian sejarah yang mendalam telah mengaburkan proses penerimaan dan pengembangannya dalam wacana Sunni. Artikel ini bertujuan menelusuri sejarah kemunculan dan perkembangan Burhan al-Tamanu‘ dalam tradisi Islam melalui pendekatan historiografi dan deskriptif analitik dengan memanfaatkan pelbagai sumber primer dan sekunder seperti meneliti teks klasik, buku, jurnal, dan kajian tesis. Melalui analisis kronologi, induktif, dan perbandingan, artikel ini menilai semula ketepatan penisbahan Burhan al-Tamanu‘ kepada Muʿtazilah serta penyesuaiannya dalam kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Burhan al-Tamanu‘ bukan sekadar hujah rasional, bahkan berfungsi sebagai wahana teologi yang mempertemukan wahyu dan akal dalam menegaskan prinsip Wahdaniyyah. Hujah ini berkembang daripada tafsiran awal Ibn ‘Abbas dan al-Tabari sebelum diformulasikan secara sistematik oleh al-Ka‘bi dalam tradisi ilmu kalam abad ke-4H. Sehubungan itu, kajian ini menawarkan pemahaman baharu tentang pembentukan kewajaran dalam akidah Sunni dan memperkaya perbahasan semasa mengenai sejarah intelektual Ilmu Kalam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-24

How to Cite

Ardae, M. (2026). Kemunculan burhan al-tamanu’ dalam tradisi ilmu Islam: Analisis berdasarkan penulisan para ulama. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 775–787. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4584