Syair Siti Siyanah dan pembentukan identiti wanita Melayu-Islam: Analisis nilai malu sebagai teras etika sosial

Authors

  • Nurbatriesya Abd Rahim Department of Islamic History, Civilization and Education, Universiti Malaya, Malaysia
  • Mohd Roslan Mohd Nor Department of Islamic History, Civilization and Education, Universiti Malaya, Malaysia
  • Faisal@ Ahmad Faisal Abdul Hamid Department of Islamic History, Civilization and Education, Universiti Malaya, Malaysia

Keywords:

Identiti Wanita Melayu-Islam, Nilai Malu, Raja Ali Haji, Syair Siti Siyanah

Abstract

Dalam konteks Alam Melayu, konsep malu merupakan nilai yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu dan berfungsi sebagai benteng diri dalam memelihara maruah, adab serta batas perilaku. Nilai malu berkait rapat dengan penghayatan terhadap agama, adat dan norma sosial yang membentuk keperibadian individu. Ini dapat ditelusuri dalam Syair Siti Siyanah karya Raja Ali Haji yang mengetengahkan nilai malu sebagai salah satu asas penting dalam pembentukan identiti wanita Melayu-Islam yang ideal. Sebagai teks puisi klasik yang berfungsi sebagai medium pendidikan moral, syair ini mempersembahkan simbol-simbol keperibadian wanita yang terikat dengan nilai-nilai kesopanan dan ketakwaan. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan analisis kandungan secara mendalam terhadap teks yang disunting oleh Abu Hassan Sham dalam Puisi-puisi Raja Ali Haji (1993), kajian ini mengungkap tema, ungkapan, dan konstruk etika yang membentuk konsep malu dalam tradisi intelektual Melayu abad ke-19. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai malu bukan sahaja menjadi asas kepada peranan sosial wanita, malah mencerminkan sintesis antara syariat Islam dan adat Melayu dalam membentuk jati diri yang seimbang. Dalam konteks ini, etos malu dapat dilihat sebagai mekanisme pembentukan akhlak yang kekal relevan dalam wacana identiti wanita kontemporari. Secara keseluruhannya, kajian ini menyumbang kepada pemerkasaan pemikiran kritis terhadap teks klasik sebagai sumber epistemologi moral yang masih bernilai dalam masyarakat hari ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-09-24

How to Cite

Abd Rahim, N., Mohd Nor, M. R., & Abdul Hamid, F. A. F. (2026). Syair Siti Siyanah dan pembentukan identiti wanita Melayu-Islam: Analisis nilai malu sebagai teras etika sosial. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 11(86), 744–759. Retrieved from https://academicinspired.com/jised/article/view/4582